Bitcoin, Litecoin, Namecoin, Peercoin 728x90

Announcement

Collapse

Post in the correct section or you will be BANNED

Please make your post in the correct section

Please ensure you know how to differentiate between Virtual and Digital Product with Affiliate

if you are promoting somebody else digital product, it falls into Affiliate category

Don't hit and run after creating your thread. Please provide your after sales support or answer any inquiry.

Failing to do so will result in user will not be interested with your thread
See more
See less

Apakah yang dikatakan PROGRAM PAY PER LEAD (PPL)?

Collapse
This is a sticky topic.
X
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Apakah yang dikatakan PROGRAM PAY PER LEAD (PPL)?

    Salam Sejahtera,

    PAY PER LEAD (PPL)?


    Adakah anda biasa mendengar atau pernah mendengar tentang
    Pay Per Lead (PPL)?


    Bagi yang belum pernah dengar, inilah masanya anda mengetahuinya.
    Ianya adalah salah satu peluang mendapatkan pendapatan tambahan
    melalui promosi kita di internet.
    Dan yang penting, ianya tidak memerlukan sebarang modal.

    PAY PER LEAD DAN KONSEPNYA?

    Pay Per Lead ini adalah bayaran untuk tindakan yang dilakukan oleh prospek mengikut sebagaimana yang dipinta oleh pihak penganjur prorgram PPL tersebut. Bayaran akan dibuat oleh penganjur kepada ahli atau affiliate yang berjaya membawa prospek ke laman web mereka dan prospek tersebut melakukan tindakan yang diperlukan oleh penganjur seperti memasukkan nama dan alamat emel, atau poskod sahaja, atau apa-apa sahaja seperti yang dikehendaki oleh penganjur.
    Apa yang difahamkan, program seperti PPL ini adalah salah satu cara yang digunakan oleh individu atapun syarikat untuk mendapatkan maklumat bakal pelanggan yang berpotensi kepada perniagaan mereka.

    Ringkasnya begini,

    Seseorang peniaga (dalam konteks ni usahawan internet) akan berusaha mendapatkan prospek (bakal pelanggan yang berpotensi kepada mereka)
    untuk mengembangkan lagi perniagaan internet mereka.
    Apakah yang usahawan ini lakukan? Usahawan ini akan mendapatkan maklumat (nama dan emel) bakal pelanggan.

    INGAT! SPAM ATAU EMAIL DARI ORANG YANG TIDAK DIKENALI ADALAH SATU KESALAHAN DI DUNIA PEMASARAN INTERNET.
    MENGIKLANKAN ATAU MEMPROMOSIKAN SESUATU KE EMAIL ORANG TIDAK DIKENALI ADALAH CARA YANG TIDAK BERETIKA.


    Jadi, bagaimana dia mahu lakukan?

    Usahawan ini akan MEMBERIKAN SEDIKIT KOMISEN kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat prospek itu tadi. Jadi dengan melakukan cara begini, usahawan itu akan dapat menjimatkan masa dan tenaga serta membina senarai (list) bakal pelanggan dengan lebih banyak lagi. Jadi, selain tidak melalukan SPAM, nama dan email yang dimasukkan juga adalah dari pemiliknya sendiri.

    Jangan risau, jika beberapa siri email yang anda dapat dari usahawan internet tadi menganggu anda, anda boleh UNSUBSCRIBE dan selepas
    itu anda tidak akan lagi menerima email dari usahawan internet tersebut.

    Inilah yang dinamakan konsep Pay Per Lead atau PPL.

    Mungkin ada yang bertanya dari mana usahawan ini dapat begitu banyak duit untuk membayar komisen kepada mereka yang memberikan maklumat prospek itu tadi. Pada kebiasaannya usahawan yang melakukan kaedah ini (Pay Per Lead) adalah usahawan yang telah berjaya dan mempunyai pendapatan keuntungan yang besar. Malah, usahawan internet yang baru pun akan melakukan PPL ini jika mereka mempunyai modal. Walupun begitu, program PPL ini selalunya bertempoh. Mungkin seminggu, mungkin sebulan dan mungkin juga beberapa bulan. Pada mereka, senarai bakal pelanggan yang akan mereka perolehi adalah lebih berharga berbanding wang yang mereka keluarkan untuk membayar komisen. Inilah yang dinamakan pelaburan yang bijak. Wang digunakan untuk terus menjana wang.

    Pelaburan yang bijak?

    Ya, kerana sebagaimana yang dinyatakan di atas, dengan cara membina senarai bakal pelanggan yang ramai, maka peluang untuk usahawan ini meningkatkan jualan mereka selepas ini juga akan bertambah. Malah jika ada produk baru, senarai pelanggan inilah yang akan diberitahu dahulu email. Mudah kan?

    ::: WIN-WIN SITUATION / KEUNTUNGAN KEDUA BELAH PIHAK :::

    Jadi, jika usahawan mendapatkan listnya, kita sebagai orang biasa perlu mengambil peluang ini dengan mendaftar sebagai ahli affiliate dan mempromosikannya kepada teman-teman. Jangan risau, segala-galanya percuma. Kebiasaan produk dari luar negara kita akan dibayar $1=RM3.30
    jika seorang mendaftar melalui link kita.
    Produk Malaysia setakat ini komisen yang tertinggi adalah RM0.30 untuk seorang. Usahawan Internet Malaysia yang pertama melalukan konsep PPL ini dengan produk berbahasa melayu ialah Mawardee. Saya juga turut terlibat dalam mempromosikannya suatu ketika dahulu. Komisen ketika itu adalah RM0.25 untuk seorang.Dan pembayaran komisennya juga telah diterima.

    p/s - Berhati-hati dengan program yang meragukan.Kaji dan selidik program PPLyang mampu membayar anda. Jangan sia-siakan usaha dan teknik promosi anda.

    Semoga Berjaya.


    Regards,

    Razif Yusof
    Online Entrepreneur


    Ehoza Business Board Mod
    :dance:
    :ombak:

    Usahawan WAJIB Gunakan Facebook
    http://facebook.usahawaninternet.my

  • #2
    Tanpa kesungguhan, jgn harapkan kejayaan..
    ~ Without knowledge action is useless.. and knowledge without
    action is futile.. ~


    sigpic

    Comment


    • #3
      ya... yang penting dalam pay per lead ini ialah... promosi..promosi.. dan promosi...
      modal? 100% percuma! :71:
      :ombak:

      Usahawan WAJIB Gunakan Facebook
      http://facebook.usahawaninternet.my

      Comment


      • #4
        :salam:

        selamat berkenalan..
        apa yg penting promosi promosi promosi
        PAY PER CLICK Malaysia http://tinyurl.com/7eZ3k4i
        Download Ebook Percuma http://tinyurl.com/hAnz81

        Comment


        • #5
          Nampaknya beberapa teman kita di Ehoza telah menerima wang percuma!

          dari program PPL ini ya... Moga terus maju...

          Saya sendiri pun ada merasa sedikit hasilnya... :)
          :ombak:

          Usahawan WAJIB Gunakan Facebook
          http://facebook.usahawaninternet.my

          Comment


          • #6
            Hai bro.....
            biler baca nampak menarik la bro tp......
            soriii ler bro, masih kurang phm ler sikit pasal PPL ni....
            agak camner nak jd ahli affiliate 2??? camner penganjur 2 nak tau??:confused::confused:

            Comment


            • #7
              Begini:

              Jika anda berminat sila berdaftar sbg ejen PPL.
              Setiap ejen PPL akan diberi link khas.
              Maksudnya unik dan tiada akan sama dengan ejen yang lain.

              Cth: ww.ehoza. com ? ref=ajib24

              Cth 2: ww.ehoza .com? ref=rahman


              Nampak?

              Jadi setiap orang yang download produk melalui link ajib24,
              ajib24 yang akan terima komisyen.

              Jika melalui link rahman,
              rahman yang akan terima komisyen.

              Saya juga ada menganjurkan PPL.
              Maklumat di signature saya. :)
              Last edited by Razif; 28-08-2009, 10:42 PM.
              :ombak:

              Usahawan WAJIB Gunakan Facebook
              http://facebook.usahawaninternet.my

              Comment


              • #8
                Panduan Terbaru Berkaitan Apa Itu Pay Per Lead

                Panduan PLR Rahsia PLR

                :ombak:

                Usahawan WAJIB Gunakan Facebook
                http://facebook.usahawaninternet.my

                Comment


                • #9
                  sapew ade script multilevel marketing
                  salah tempat nie bro... :)
                  Last edited by Razif; 29-09-2009, 01:13 AM.

                  Comment


                  • #10
                    Terima kasih di atas penerangan dari tuan. TQ
                    Get All You FREE Movie here
                    altmovie - Free Movie for ALL!

                    Comment


                    • #11
                      hai

                      agak best gak program nih..tp comm dibayar bila dan camna?
                      klu akaun nama org lain boleh ker..

                      Comment


                      • #12
                        Banyak maklumat internet bisnes di sini.. thanks all!! :)

                        Comment


                        • #13
                          Pay Per Lead di tahun 2012 ini semakin panas.... :)
                          :ombak:

                          Usahawan WAJIB Gunakan Facebook
                          http://facebook.usahawaninternet.my

                          Comment

                          Working...
                          X