Bitcoin, Litecoin, Namecoin, Peercoin 728x90

Announcement

Collapse
No announcement yet.

Barangan eksklusif Transfomers

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Barangan eksklusif Transfomers


    LIM menunjukkan koleksi gambar tiga dimensi lentikular Transformers.

    Koleksi gambar tiga dimensi lentikular khas untuk peminat setia

    SEMPENA tayangan filem terhebat boxoffice Transformers: Revenge of the Fallen yang akan ditayangkan bermula 24 Jun ini di seluruh dunia, pelbagai langkah promosi diatur untuk memeriahkan filem yang pernah mengutip jualan tiket sebanyak RM2.5 bilion di seluruh dunia pada 2007.

    Pelbagai langkah promosi dilakukan dengan menghasilkan pelbagai koleksi seperti membuat baju, menghasilkan permainan, alatan sekolah dan bermacam-macam lagi khas untuk peminat filem yang diarahkan oleh Michael Bay itu.

    Antara koleksi yang bakal mendapat perhatian pada promosi filem itu pada tahun ini adalah koleksi gambar Transformers berbentuk 3D lentikular khas buat peminat Transformers.

    Pengurus Projek Saedi Creation (M) Sdn Bhd, Melverd Lim berkata, teknologi tiga dimensi lentikular adalah teknologi terbaru di pasaran dan banyak dihasilkan di luar negara saja.

    “Pihak kami adalah pemegang lesen utama Transformers di Malaysia dan Singapura malah produk kami adalah sah di bawah HASBRO, Amerika Syarikat.
    “Dengan kemudahan yang diberikan itulah kami mengambil kesempatan untuk memperkenalkan teknologi tiga dimensi lentikular di negara ini dengan memilih filem Transformers kerana percaya ia mempunyai peminat yang cukup ramai.

    “Sebenarnya Transformers bukan saja diminati oleh golongan kanak-kanak semata-mata malah orang dewasa lebih ramai yang menggemarinya. Setahu saya orang dewasa ini dibesarkan dengan menonton kartun Transformers sejak kecil dan kini ia difilemkan,” katanya yang boleh mendapatkan koleksi gambar 3D ini di Golden Screen Cinemas (GSC) Pavilion, Alamanda, Putrajaya dan Cathay CineLeisure, Damansara.

    Menurut Melverd, sebanyak lima bentuk koleksi gambar tiga dimensi Transformers yang dihasilkan dengan ciri tahan lasak dan warnanya tidak akan pudar.

    “Antara lima bentuk dikeluarkan seperti poster besar tiga dimensi berharga RM109, Flip poster (RM70), Flip kad (RM12), foto tiga dimensi dalam dua saiz iaitu A4 (RM80) dan A3 (RM105) serta 10 inci satu flip kad (RM70).
    “Menariknya orang ramai boleh mengambil gambar untuk dimasukkan ke dalam poster itu berbentuk tiga dimensi untuk disimpan sebagai kenangan. Pelbagai karakter Transformers boleh dipilih oleh orang ramai seperti Bumble Bee, Optimus Prime, autobot dan banyak lagi.

    “Kami juga mengadakan promosi kepada orang ramai yang membeli apa saja tiket wayang di GSC untuk mendapatkan baucer RM10 bagi mendapatkan koleksi gambar Transformers tiga dimensi ini bermula 15 Jun sehingga 15 Julai depan,” katanya.

    Sementara itu, pihak mereka juga menyediakan kursus kepada mereka yang berminat untuk mempelajari teknik lentikular tiga dimensi ini sebagai sebuah perniagaan kecil.

    “Selain menghasilkan gambar melalui filem Transformers, semua gambar termasuk gambar daripada video juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi ini. Sesiapa saja boleh menghasilkan perniagaan kecil ini seperti mengambil gambar pelancong asing sekitar Kuala Lumpur untuk kenangan,” katanya.

    Sesiapa yang ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai kursus mempelajari teknik lentikular tiga dimensi ini boleh menghubungi di talian 017-2820233 (S L Leong).

Working...
X