Bitcoin, Litecoin, Namecoin, Peercoin 728x90

Announcement

Collapse
No announcement yet.

Model baru keluaran Proton

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Model baru keluaran Proton



    Proton Holdings Berhad (Proton) optimis jualan kenderaannya meningkat menjelang 2012 berbanding tahun ini.

    Sasaran peningkatan itu dijangka dapat dicapai menerusi hasil pengenalan teknologi baru yang diperkenalkan melalui Saga FLX SE 1.6 dan model kenderaan pelbagai guna (MPV) Exora.

    Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Ahmad Suhaimi Mohamed Anuar berkata, sejak dilancarkan, Proton telah menerima tempahan kira-kira 450 unit bagi Saga FLX dan 300 unit bagi model Exora.

    ?Secara purata jualan Saga sebelum ini sekitar 500 unit sebulan dan menerusi pengenalan model baru ini Proton menyasarkan jualan meningkat sehingga 800 unit,? katanya sambil memberitahu Proton optimis model Exora catat jua*lan purata 2,200 unit.

    Kedua-dua varian model Exora hanya berada di pasaran bermula Januari tahun hadapan.

    Ahmad Suhaimi berkata, teknologi baru yang diperkenalkan menerusi dua model ini diperoleh hasil maklum balas pelanggan yang meng*inginkan kuasa pada kenderaan sekali gus mampu menjimatkan minyak.

    Menurutnya, gabungan enjin kecekapan bahan bakar (CFE) bersama CVT pada dua varian Exora, Premium Bold dan Prime memberikan kecekapan penggunaan bahan api sekali gus mengurangkan penggunaan minyak. ?Gabungan enjin 1.6 liter Campro IAFM dengan transmisi
    berubah berterusan (CVT) pada Saga FLX memberikan peratus pecutan lebih baik dan mengurangkan penggunaan bahan api de*ngan tambahan empat peratus berbanding model Saga 1.6 sebelumnya,? katanya pada Majlis Pandu Uji Saga dan Exora Bersama Media ke Terengganu.

    sumber: http://www.sinarharian.com.my/bisnes...proton-1.14853

    3 kerusi untuk masuk MaharajaLawakMega 2012! Anda tentukannya!
Working...
X