Bitcoin, Litecoin, Namecoin, Peercoin 728x90

Announcement

Collapse
No announcement yet.

Hotel dicemari cubaan rogol

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Hotel dicemari cubaan rogol


    GAMBAR menunjukkan seorang wanita mengintip gerak geri penginap Hotel Standard di New York.


    NEW YORK - Hotel Standard di sini yang terkenal dengan gelagat lucah penginap-penginapnya, dicemari insiden cubaan merogol pada hujung minggu lalu apabila seorang lelaki Australia, Matther Moorhouse menindih seorang petugas wanita hotel berkenaan, kata beberapa sumber pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).
    Suspek iaitu Moorhouse, 42, ditangkap di hotel itu pada Sabtu lepas selepas dia didakwa menindih mangsa di atas sebuah katil semasa wanita tersebut cuba mengemas biliknya.
    Moorhouse, yang menetap di Sydney dan pernah menjadi teman lelaki bintang pop Australia, Rani Kamal, didakwa menyerang pekerja berusia 28 tahun itu sejurus selepas mangsa mula membersihkan biliknya pada pukul 4.25 petang (waktu tempatan).
    "Pada mulanya, dia (Moorhouse) bertanya soalan anda berasal dari mana dan berapa lama sudah lama bekerja di sini?," kata wanita berkenaan.
    Menurut wanita itu, suspek kemudian bertanya sama ada dia telah memiliki teman lelaki.
    "Saya menjawab belum dan dia terus bertanya sama ada dirinya kacak?," tambahnya.
    Selepas itu, Moorhouse terus mencium bibirnya dan menolaknya ke atas katil sebelum melepaskan mangsa selepas jeritannya didengari seorang rakan sekerja yang kemudian mengetuk pintu bilik tersebut dengan kuat.
    Suspek yang ditangkap selepas pihak pengurusan hotel berkenaan menghubungi polis didakwa melakukan percubaan merogol dan mengurung tanpa kebenaran.
    Hotel itu terkenal kerana gelagat lucah penginapnya yang boleh dilihat oleh orang awam yang berjalan dekat dengan bangunan tersebut.
    Keadaan itu berlaku kerana hotel itu diliputi cermin dan jika penginap-penginap tidak menutupnya dengan langsir, semua gerak geri mereka boleh dilihat oleh orang awam.
    - Agensi

    "Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."
Working...
X