Bitcoin, Litecoin, Namecoin, Peercoin 728x90

Announcement

Collapse
No announcement yet.

Nama2 Penyakit Yang Menggunakan Nama Makanan

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Nama2 Penyakit Yang Menggunakan Nama Makanan

    :salam:

    Pakar2 perubatan dan doktor yang menemui penyakit atau tanda2 sakit yang baru, begitu kreatif dan inovatif dalam menamakan nama2 penyakit yang baru mereka temui..kadang2 nama makanan atau minuman menjadi pilihan mereka untuk menggambarkan rupa sesuatu keadaan organ yang berpenyakit (nama2 makanan tu dalam english lah ye)..Ada banyak lagi, tapi ni antaranya:





    1. Cafe au Lait Spot





    Cafe au Lait, dalam bahasa Perancis bermaksud kopi susu dan merujuk kepada warna coklat cair..Cafe au Lait spot ini adalah tanda lahir yang muncul waktu anda berumur setahun, bertambah saiz dan bilangannya mengikut usia, dan bilangannya melebihi 6 serta diameternya lebih 15mm..

    Cafe au Lait Spot ni juga antara tanda yang mungkin anda mempunyai penyakit tertentu..contohnya neurofibromatosis iaitu penyakit keturunan di mana ada ketumbuhan pada tisu saraf menyebabkan pesakit ada masalah dalam pembelajaran (learning disability), sawan, masalah mata dan macam2 lagi..

    Spoiler for cafe au lait spot:







    2. Currant jelly sputum





    Hasil terkumpul darah, kahak dan kotoran2 lain daripada saluran pernafasan (bronchiole) yang disamakan dengan rupa currant jelly/jem berwarna merah..Biasanya dikaitkan dengan sejenis jangkitan paru2 oleh bakteria bernama Klebsiella..





    3. Bread and Butter Pericarditis





    Nama lain penyakit ni adalah fibrinous pericarditis, radang pada selaput jantung..biasanya disebabkan jangkitan kuman pada jantung..Rupa permukaan selaput jantung ni kalau dibedah dan dikeluarkan adalah diibaratkan seperti rupa roti yang telah disapu dengan mentega dan kemudiannya roti itu terjatuh, terlangkup atas carpet..


    Spoiler for bread butter pericarditis:








    4.Port wine stain





    Sejenis tanda lahir yang melibatkan saluran darah sehingga menyebabkan permukaan kulit tersebut menjadi merah atu keunguan..warnanya disamakan dengan port wine..(sejenis arak Portugis)..

    Biasanya tanda ni ada di muka..Waktu kecil, warnaya lebih cerah (pink)..makin tua,makin gelap warnanya..

    Tanda ini sering dijumpai pada wajah pesakit yang menghidap Sturge-Weber Syndrome.Pesakit ini mempunyai ketumbuhan pada saluran darah dalam otak mereka dan sering mengalami sawan serta masalah2 lain seperti masalah mata (glaukoma) dan lumpuh separuh badan..



    Spoiler for port wine stain:








    5. Chocolate cyst





    Nama lain adalah endometriosis of the ovary..sel2 pada dinding rahim wanita tersebut berpindah daripada dinding rahim dan membentuk cyst (kantung) pada bahagian luar ovari..kantung tu akan membesar dan menghasilkan banyak lagi cyst atau kantung menggantikan tisu normal pada ovari tadi..

    cyst atau kantung tu mengandungi bahan seperti coklat yang pekat..sebab tu dipanggil chocolate cyst..Bila kantung atau cyst ni pecah, bahan seperti coklat tadi akan tumpah dan terkena pada organ2 lain menyebabkan kesakitan pada bahagian rahim.


    Spoiler for chocolate cyst:








    6. Strawberry gallbladder




    nama lain dia adalah cholesterolosis of gallbladder/pundi hempedu bermaksud dinding pundi hempedu yang bertukar rupa akibat terlebih kolesterol..Rupa dinding pundi hempedu itu disamakan dengan kulit strawberry..


    Spoiler for strawberry gallbladder:








    7. Cauliflower Ear




    Keadaan telinga yang seakan2 rupa bunga kobis akibat hentakan atau pukulan atau kecederaan pada telinga yang berulang kali..Disebabkan saluran darah dan cartilage (tulang lembut) telinga yang dah rosak hingga menyebabkan proses pemulihan telinga terganggu..


    Spoiler for cauliflower ear:






    8. Watermelon stomach







    Nama lainnya ialah Gastric Antral Vascular Ectasia (GAVE)..menyebabkan pendarahan pada saluran perut dan usus akibat saluran darah yang mengembang pada perut dan akhirnya mengalami pendarahan..Dipanggil watermelon stomach atau perut tembikai kerana ada garis2 panjang pada perut pesakit yang menyerupai jalur2pada tembikai..



    Spoiler for watermelon stomach:










    9. Nutmeg liver





    Nutmeg tu dalam bahasa melayunya adalah buah pala ye kawan2..nama lain untuk nutmeg liver adalah congestive hepatopathy..penyakit ni disebabkan masalah jantung yang tak dapat mengepam darah dengan baik dan akhirnya menyebabkan darah patah balik dan membuatkan saluran darah pada hati mengembang dan menyebabkan hati tak dapat berfungsi dengan baik..Jika hati tu dikeluarkan dan dibedah, rupanya seolah buah pala keras yang telah disagat..

    Spoiler for nutmeg liver:






    10. Blueberry Muffin Rash




    Sejenis tanda menyerupai tompok2 pada kulit baby yang mendapat jangkitan Rubella biasanya semasa dia berada dalam rahim ibunya..Rupa kulit baby tu disamakan dengan rupa tompok2 biru pada blueberry muffin..

    Spoiler for blueberry muffin rash:






    p/s: laparrrr lah plak..anda bagaimana? :p
    Aku Mahu Buktikan Pada Dunia, Masih Wujud Lagi Kesucian Dan Kesetiaan...

  • #2
    la...tgk pnyakit ni jd xngeri plak... dok asyik pandang mknan itu...huhu

    btw nice info cik mus.....:)

    Comment


    • #3
      nice info.. penerangan yang memang jelas dari cik mustika.. :)
      Bila ada DropBox siapa lagi perlukan pendrive untuk menyimpan data. :)

      Comment


      • #4
        Originally posted by zkn_90 View Post
        la...tgk pnyakit ni jd xngeri plak... dok asyik pandang mknan itu...huhu

        btw nice info cik mus.....:)
        boleh lah zkn jadi doktor pasni, tak ngeri tengok organ manusia :D
        Aku Mahu Buktikan Pada Dunia, Masih Wujud Lagi Kesucian Dan Kesetiaan...

        Comment


        • #5
          Originally posted by Mustika View Post
          boleh lah zkn jadi doktor pasni, tak ngeri tengok organ manusia :D
          blh dpertimbangkn....
          tp lari jauh dr bidang engineering sy ni..:D
          ckup lh sy thu dr info2 medik yg cik mus bg...:)

          Comment


          • #6
            info yg amat menarik :)


            "ILMU ITU PELITA HATI, TIDAK TERLIHAT TAPI NYATA"

            Comment


            • #7
              nama penyakit pun leh sama dengan makanan jugak?
              btw nice info la cik mustika..

              Comment


              • #8
                makanan tu sedap sedap plak. :D
                Bila ada DropBox siapa lagi perlukan pendrive untuk menyimpan data. :)

                Comment

                Working...
                X