Bitcoin, Litecoin, Namecoin, Peercoin 728x90

Announcement

Collapse

Coming contests information

Contests information: Thank you all users which took a part. We transferred to winners more than 5000 USD. And it's not all!

Soon, we will launch new contests! All that we can say now, future contests will be only for the most loyal users. So, post comments, attract your friends, write articles and etc.
See more
See less

Harga tomato turun, daging naik

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Harga tomato turun, daging naik



    IPOH - Daging lembu tempatan dan ikan selayang yang disenaraikan dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Hari Raya Puasa bagi Perak pada tahun ini mengalami kenaikan harga berbanding tahun 2017.

    Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, pada tahun lalu, harga runcit bagi sekilogram daging lembu tempatan berharga RM32 tetapi pada tahun ini ia meningkat kepada RM34 sekilogram.

    Katanya, bagi ikan selayang pula, berlaku kenaikan sebanyak RM1 berbanding tahun lalu yang berharga RM8 sekilogram.

    "Berdasarkan perbandingan harga dengan SKHMP Hari Raya Puasa 2017, 15 barangan kekal, dua barangan mengalami penurunan dan dua barangan menunjukkan kenaikan.

    "Dua barangan yang mengalami penurunan harga ialah tomato dan bawang putih import dari China," katanya kepada media pada sidang media, hari ini.

    Beliau berkata demikian selepas Pelancarangan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2018 Peringkat Negeri Perak di Pasar raya Besar Mydin Meru Raya, di sini.

    Saifullizan berkata, di Perak, sebanyak 19 jenis barangan terlibat dalam SKHMP Hari Raya Puasa yang dikawal sepanjang tempoh 15 hari bermula hari ini.

    Katanya, sepanjang tempoh itu juga, peniaga digalakkan menjual barangan tersebut pada harga lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya harga diperoleh lebih rendah.

    "Peniaga turut diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini. Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti.

    "Penguatkuasaan skim ini akan dipertingkatkan bagi manfaat pengguna dan peniaga.

    Pemeriksaan dan pemantauan telah mula dilakukakan oleh pegawai-pegawai penguat kuasa KPDNKK negeri di lokasi tumpuan orang ramai seperti pasar raya dan pasar awam.

    "Pada masa sama, kerjasama daripada Friends of KPDNKK, Skuad Pengguna dan pemimpin masyarakat setempat akan dimanfaat bagi membantu KPDNKK dalam memberi maklum balas sekiranya terdapat peniaga yang ingkar," katanya.

    http://www.sinarharian.com.my/edisi/...-naik-1.844032

Working...
X