Bitcoin, Litecoin, Namecoin, Peercoin 728x90

Announcement

Collapse

Coming contests information

Contests information: Thank you all users which took a part. We transferred to winners more than 5000 USD. And it's not all!

Soon, we will launch new contests! All that we can say now, future contests will be only for the most loyal users. So, post comments, attract your friends, write articles and etc.
See more
See less

Semak semula tukar status IPG kepada Kolej Vokasional

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Semak semula tukar status IPG kepada Kolej Vokasional

    08 July 2018

    KOTA BHARU -- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kelantan memohon Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH), untuk menyemak semula status menukar fungsi Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Bharu kepada kolej vokasional yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu.

    Pengerusi PPBM Kelantan Datuk Kamaruddin Md Nor berkata ini memandangkan IPG Kota Bharu mempunyai sejarah panjang dalam melahirkan guru-guru yang bertauliah dari seluruh negara sejak sekian lama.

    "Ia satu institusi yang ditubuhkan sejak sebelum merdeka lagi iaitu 1944 dan antara kolej perguruan yang tertua di negara ini malah pernah mendapat pengiktirafan daripada Kirkby International College.

    "Jadi kalau kerajaan kini ingin terus melaksanakan apa yang diputuskan oleh kerajaan terdahulu maka ini akan mendukacitakan kami dan saya berharap agar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik semak semula keputusan ini supaya kewujudan IPG Kota Bharu dapat dipertahankan," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

    Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2017 sebelum ini mengumumkan terdapat beberapa kampus IPG akan bertukar kepada kolej vokasional atau politeknik sejajar keperluan pendidikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) masa kini.

    Mengenai tindakan Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan yang menghantar lima nama sebagai calon senator bagi mewakili Kelantan dalam barisan Kabinet kerajaan, Kamaruddin berkata setiap parti komponen mempunyai pendekatan masing-masing dalam isu berkenaan.

    Beliau turut melahirkan keyakinan terhadap Dr Mahathir yang dilihatnya mampu untuk menyelesaikan perkara itu dengan sebaik-baiknya.

    "Kita tak perlu nak hantar nama (calon senator) sebab semua nama dah ada dengan Tun Mahathir. We are here to serve not to demand anything (Kita di sini untuk berkhidmat bukan meminta apa-apa).

    "Kita memberi sepenuh kepercayaan kepada Tun Mahathir dan yakin beliau mempunyai keprihatinan yang cukup tinggi kepada Kelantan. He knows Kelantan as well as we do *Beliau tahu Kelantan sama seperti kita)," katanya.

    Setakat ini, keanggotaan dalam Kabinet masih berbaki tiga untuk menjadikannya 29 orang dan menurut Dr Mahathir mereka akan dilantik sebagai senator bagi mengisi kekosongan berkenaan.

    Pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas, PH Kelantan gagal menawan sebarang kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini menyaksikan tiada wakil daripada negeri ini dalam Kabinet.

    -- BERNAMA

Working...
X