Bitcoin, Litecoin, Namecoin, Peercoin 728x90

Announcement

Collapse
No announcement yet.

Rakyat Kelantan berpendapatan paling rendah di Malaysia

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Rakyat Kelantan berpendapatan paling rendah di Malaysia


    Charon Mokhzani

    KUALA LUMPUR 29 Ogos – Hampir 85 peratus isi rumah di Kelantan mempunyai pendapatan bulanan di bawah paras pendapatan purata isi rumah di Malaysia RM6,000, sekali gus meletakkan negeri itu mempunyai tahap pendapatan yang paling rendah berbanding negeri-negeri lain.

    Malah menurut kajian Keadaan Isi Rumah Ke-2 yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) lagi, lebih 30 peratus isi rumah di Kelantan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan.

    Pengarah Urusan KRI, Datuk Charon Mokhzani juga berkata, Kelantan juga mempunyai bilangan isi rumah yang berpendapatan lebih RM6,000 paling kurang berbanding negeri-negeri lain dengan hanya 15.2 peratus.

    Jelasnya kajian itu dapat membezakan negeri paling kaya dan paling miskin di negara ini.

    Katanya, hal tersebut masih menunjukkan terdapatnya perbezaan kekayaan dalam kalangan isi rumah di seluruh negara. 
Namun beliau berkata, nilai kekayaan itu berbeza kerana ada negeri yang berperanan sebagai pusat tumpuan ekonomi utama di Malaysia.

    “Selangor mempunyai nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menghampiri nilai RM250 bilion. Nilai itu sahaja menyamai nilai ekonomi Myanmar.

    “Lebih 50 peratus isi rumah di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor berpendapatan lebih RM6,000 sebulan dan pada masa sama mempunyai kelompok isi rumah melebihi RM15,000 sebulan teramai di Malaysia,” katanya semasa membentangkan kajian yang dijalankan oleh KRI di sini hari ini.

    Turut hadir ialah Pengerusi KRI, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Pengarah Urusan Kha*zanah Nasional Bhd. (Khazanah), Tan Sri Azman Mokhtar.

    Tambah Charon, KRI menjadikan pendapatan RM6,000 sebulan untuk membezakan antara tahap pendapatan isi rumah antara negeri-negeri kerana pendapatan RM6,000 sebulan itu menghampiri pendapatan purata bulanan isi rumah di Malaysia, RM6,141 sebulan.

    Beliau bagaimanapun berkata, maklumat yang digunakan oleh KRI adalah data-data ekonomi bagi tahun 2014 kerana ia merupakan maklumat paling terkini yang berjaya diperoleh oleh institut tersebut.

    Perak menjadi negeri kedua yang mempunyai isi rumah kurang di bawah RM2,000 sebulan selain 81.1 peratus isi rumahnya berpendapatan kurang RM6,000 sebulan.

    Perlis dan Pahang juga antara negeri yang mempunyai peratusan isi rumah berpendapatan kurang RM6,000 yang tertinggi iaitu masing-masing pada kadar RM80.3 peratus.


    - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasi....jZyDkp7z.dpuf

Working...
X