Bitcoin, Litecoin, Namecoin, Peercoin 728x90

Announcement

Collapse
No announcement yet.

Denda RM13,400 Jika Enggan Beri Kata Kunci Telefon

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Denda RM13,400 Jika Enggan Beri Kata Kunci Telefon

    New Zealand, Pelancong yang ingin berkunjung ke New Zealand boleh didenda sebanyak 5,000 dollar New Zealand (kira-kira RM13,400) jika enggan memberikan kata kunci bagi membuka peralatan elektronik mereka.

    Kata kunci itu diperlukan bagi pihak kastam memeriksa pelancong dan ia tertakluk di bawah akta baharu, walaupun kumpulan kebebasan sivil menyelar tindakan tersebut sebagai perlanggaran hak privasi.

    Undang-undang itu berkuat kuasa pada 1 Oktober selepas akta kastam selama 22 tahun tersebut dikemas kini.

    "Ia turut memberikan hak kepada pegawai kastam untuk menyalin data yang dijumpai daripada peranti tersebut," kata Perkhidmatan Kastam New Zealand dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada minggu lalu.

    Namun, Majlis New Zealand untuk Kebebasan Sivil berkata, undang-undang itu memberi pegawai kastam kuasa untuk memaksa para pelancong membuka kata kunci telefon pintar mereka tanpa alasan, dan tanpa pilihan undang-undang buat pelancong untuk mencabar perintah tersebut.

    "Telefon pintar moden mengandungi sejumlah besar maklumat peribadi yang sangat sensitif termasuk e-mel, surat, rekod perubatan, foto peribadi, dan gambar yang sangat peribadi.

    "Membenarkan kastam untuk memeriksa dan mendapatkan semua maklumat ini adalah pencerobohan yang serius terhadap privasi peribadi seseorang termasuk pihak ketiga yang berkomunikasi dengan mereka," kata jurucakap Majlis New Zealand untuk Kebebasan Sivil, Thomas Beagle dalam satu kenyataan.

    Beagle mempersoalkan sama ada pencerobohan itu berjaya menangkap penjenayah yang mungkin memilih untuk membayar denda berbanding mendedahkan bukti yang boleh membawa kepada hukuman penjara.



Working...
X