Bitcoin, Litecoin, Namecoin, Peercoin 728x90

Announcement

Collapse
No announcement yet.

Salah Guna Kuasa (4 Billion) : Tabung Haji buat Laporan Polis..

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Salah Guna Kuasa (4 Billion) : Tabung Haji buat Laporan Polis..




    TH buat laporan polis terhadap bekas Pengerusi, CEO dan Pengurusan Kanan


    KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) membuat dua laporan polis melibatkan
    Bekas Pengerusi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,
    Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah
    serta beberapa pengurusan kanan lain.

    Mereka yang lain ialah
    Datuk Adi Azuan (Ketua Pegawai Operasi),
    Datuk Rozaida Omar (Ketua Pegawai Kewangan),
    Hazlina Mohd Khalid (Penasihat Undang-Undang) dan
    Rifina Md Ariff (Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Korporat dan Harta Tanah).

    Dalam satu kenyataan pada Jumaat, TH berkata

    Laporan pertama melibatkan Program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017, di mana dana berjumlah lebih daripada RM22 juta telah dikeluarkan untuk aktiviti yang mempunyai kecenderungan politik.
    “Perkara ini bertentangan dengan Memorandum dan Artikel Persatuan YTH. Para pemegang amanah YTH ketika itu ialah Datuk Seri Abdul Azeez, Tan Sri Ismee, Datuk Seri Johan, Datuk Adi dan Datuk Rozaida,” kata kenyataan tersebut.

    Yayasan Tabung Haji telah ditubuhkan pada 2016 untuk melaksanakan, antara lain, bantuan kemanusiaan dan menyumbang kepada golongan kurang berkemampuan, miskin dan yang memerlukan, di mana TH menyumbang sebanyak RM7 juta kepada program tersebut.

    Dalam pada itu,
    Laporan kedua yang dibuat ke atas Ismee, Hazlina dan Rifina adalah berhubung salah nyata dan menyembunyikan maklumat penting melibatkan penjualan saham TH pada 2012 sebanyak 95 peratus saham dalam PT TH Indo Plantations dipegang dua anak syarikatnya, TH Indopalms Sdn Bhd dan TH Indo Industries Sdn Bhd kepada PT Borneo Pacific dengan harga AS$910 juta.

    PT TH Indo Plantations memiliki ladang kelapa sawit berkeluasan 83,000 hektar di Indonesia.

    Laporan yang dibuat pada Jumaat di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial ini adalah siasatan dalaman pertama pengurusan baharu yang dilantik sejak Julai 2018 terhadap transaksi masa lalu.







    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    http://www.youtube.com/watch?v=m_uIE4qzeu8


    Tabung Haji Kekurangan RM4 Bilion Wang Pendeposit





    KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) kekurangan RM4 bilion wang pendeposit berbanding asetnya sejak tahun 2017, menurut laporan Sunday Times.

    Angka tersebut dipetik media Singapura itu melalui penyata kewangan TH bagi tahun 2016. Laporan itu mendakwa, jurang kekurangan ini mungkin lebih besar bagi tahun 2017, dan 2018.

    Untuk tahun 2016, aset TH dinyatakn berjumlah RM63.6 bilion berbanding wang pendepositnya sebanyak RM67.7 bilion.

    Menurut TH, jumlah pendeposit mereka terdiri daripada sembilan juta rakyat Malaysia.

    Akhbar mingguan Straits Times itu menyatakan, terdapat sumber dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mendakwa barisan pengurusan TH sebelum ini "memalsukan penyata kewangan tahun 2017 untuk membolehkan TH membuat bayaran dividen sebanyak 6.25 peratus pada bulan Februari 2018, iaitu hanya tiga bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)."

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa sebelum ini berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu penyelewangan, terutamanya jika ia melibatkan isu wang rakyat.

    Sunday Times turut melaporkan bahawa disebabkan dakwaan penipuan ini, angka yang diumumkan sebagai untung bagi tahun 2017 adalah sebanyak RM2.7 bilion.

    Namun kadar keuntungan bagi tahun 2017 kini diragui.

    Sehingga kini, TH masih belum mengeluarkan penyata kewangan yang diaudit bagi tahun 2017, walaupun tinggal hanya tiga minggu lagi sebelum tahun 2019 menjelang.

    Selain daripada itu, antara sebab lain kelewatan penyata kewangan tersebut diterbitkan adalah kerana barisan pengurusan tertinggi TH telah berubah susulan perubahan tampuk pemerintahan selepas PRU14.

    Barisan lembaga pengarah TH sebelum ini, antaranya, terdiri daripada mereka yang rapat dengan kerajaan Barisan Nasional (BN), termasuk Tan Sri Apandi Ali, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

    Kesemua mereka telah meletak jawatan selepas PRU14.

    Abdul Azeez, yang merupakan bekas pengerusi TH, kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan beberapa kes rasuah, termasuk berhubung TH.

    Jumaat lalu, pihak pengurusan baharu TH yang diketuai oleh Datuk Seri Zukri Samat telah membuat laporan polis terhadap Abdul Azeez dan dua bekas ketua pegawai eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah.

    Laporan polis itu turut menamakan empat lagi pengurus kanan TH, iaitu Ketua Pegawai Kewangan, Datuk Rozaida Omar; Ketua Pegawai Operasi, Datuk Adi Azuan, Penasihat Perundangan, Hazlina Mohd Khalid dan Pengurus Besar Kanan Bahagian Korporat dan Hartanah, Rifina Md Ariff.

    Laporan polis itu melibatkan dua isu berbeza, iaitu satu kes berkenaan dengan Yayasan Tabung Haji yang melibatkan penggunaan RM22 juta untuk kegunaan politik, dan satu lagi kes berkenaan Ismee, Hazlina, dan Rafina yang didakwa menyembunyikan fakta penting tentang penjualan tanah oleh TH sebanyak 95 peratus di PT TH Indo Plantations pada tahun 2012 yang bernilai AS$910 juta (RM3.8 bilion).

    Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pernah membuat kenyataan tentang salah urus tadbir di TH, tetapi beliau dikritik hebat dan dituduh membuat fitnah.

    Laporan Sunday Times turut menyatakan terdapat beberapa langkah dan usaha untuk mengembalikan urus tadbir baik TH. Aset TH merangkumi lebih 150 hartanah seluruh dunia dan juga memegang saham dalam lebih 100 syarikat tersenarai, termasuk Bank Islam Malaysia Berhad. - awani



Working...
X