Bitcoin, Litecoin, Namecoin, Peercoin 728x90

Announcement

Collapse
No announcement yet.

Pegawai bomba cedera, isteri maut dalam kemalangan

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Pegawai bomba cedera, isteri maut dalam kemalangan


    SEORANG wanita maut selepas SUV Nissan X-Trail dinaiki bertembung dengan lori membawa muatan buah-buahan di Kilometer 139
    Jalan Kuantan-Segamat di Muadzam Shah, Rompin, hari ini. FOTO ihsan bomba.






    ISTERI kepada seorang pegawai bomba di Terengganu maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaikinya terbabit kemalangan di Kilometer 139 Jalan Kuantan-Segamat di Muadzam Shah, hari ini.

    Dalam kejadian 3.15 petang itu, mangsa, Faridah Mohamed, 51, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

    Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kejadian itu turut menyebabkan suami mangsa, Rosli Kadir, 49, patah kaki kiri manakala anak mereka, Muhammad Fakhri Rosli, 19, patah tangan kiri.

    Beliau berkata, ketika kejadian tiga beranak yang menaiki SUV Nissan X-Trail dalam perjalanan dari Johor Bahru, Johor menuju ke Kuantan.

    “Sebaik tiba di tempat kejadian, Rosli yang memandu SUV berkenaan dikatakan cuba memotong beberapa kenderaan di hadapannya, namun terbabas dan merempuh sebuah lori membawa muatan buah-buahan di laluan bertentangan.

    “Rempuhan itu menyebabkan Faridah yang duduk di tempat penumpang belakang maut di tempat kejadian manakala Rosli dan Muhammad Fakhri parah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Beliau berkata, pemandu dan penumpang lori berkenaan tidak cedera.

    Menurutnya, Rosli adalah pegawai bomba yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Al Mukhtafi Billah Shah, Terengganu.

    “Mayat mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian.

    “Mangsa yang parah turut dihantar ke hospital sama bagi menerima rawatan.

    “Kami masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.








    sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...ra-isteri-maut







    .

Working...
X