Bitcoin, Litecoin, Namecoin, Peercoin 728x90

Announcement

Collapse
No announcement yet.

Sudakah Anda Mendaftar Jadi Pengundi?

Collapse
This is a sticky topic.
X
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • [Question] Sudakah Anda Mendaftar Jadi Pengundi?

    Sudakah Anda Mendaftar Jadi Pengundi?

    saja nak tau berapa ramai kat ehoza ni yg layak mengundi..

    skop perbincangan hanya pasal pendaftaran sebagai pengundi & pengalaman mengundi
    sudakah anda mendaftar? kalau belum, mengapa?
    dah berapa kali mengundi?
    kenapa tidak pernah mengundi walaupun da daftar?
    leh citer gak pengalaman anda semasa mengundi.

    paling penting
    Jangan offtopik: citer pasal parti politik BN Vs PR.

    antara poll yg anda kena vote:

    1.Sudah daftar & pernah mengundi
    2.Sudah daftar tapi tidak pernah mengundi
    3.Belum daftar sebab belum cukup umur 21 tahun
    4.Belum daftar walaupun dah cukup umur 21 tahun
    5.Tahun ni aku berazam mendaftar jadi pengundi sebab da cukup 21 tahun
    6.Sampai bila2 pun tidak mahu daftar jadi pengundi

    ni info pasal pendaftaran pengundi..
    sumber: KLIK

    URUSAN PENDAFTARAN DAN PENYEMAKAN DAFTAR PENGUNDI

    APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENDAFTARAN PEMILIH ?

    Pendaftaran Pemilih sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang, membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih. Di samping itu ia membolehkan Pemilih Berdaftar yang sudah bertukar alamat mendaftar di alamat baru. Pemilih juga digalakkan untuk menyemak nama mereka dalam Daftar Pemilih yang sudah disahkan.

    KENAPA ANDA PERLU MENDAFTAR ?

    Untuk mendapat hak anda mengundi dalam pilihan raya serta menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara.

    SIAPA YANG LAYAK MENJADI PEMILIH ?

    Warganegara Malaysia;
    Sudah mencapai umur 21 tahun;
    Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
    Tidak hilang kelayakan.

    BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR ?

    Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran;
    Bawa bersama Kad Peng
    enalan anda;
    Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang; dan
    Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda.


    DI MANA BOLEH MENDAFTAR ?

    Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
    ATAU
    Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri
    ATAU
    Semua Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara;
    Unit bergerak Suruhanjaya;
    DAN
    Tempat-tempat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai Pusat Pendaftaran.


    TEMPOH URUSAN PENDAFTARAN PEMILIH

    Anda boleh mendaftar pada waktu pejabat di sepanjang tahun.


    MAKLUMAT PENTING SEMASA MENGISI BORANG PENDAFTARAN (BORANG A)

    1) Nama pemohon mestilah diisi seperti yang tercatat di dalam Kad Pengenalan. Sila gunakan HURUF BESAR.
    2) Sila berikan maklumat lengkap mengenai Kad Pengenalan anda:
    2.1) Nombor K/P baru anda (12 angka)
    2.2)
    Nombor K/P lama anda (8 angka)
    3) Jika pemohon tidak mempunyai nombor K/P lama, sila isi "TIADA" di dalam ruang yang disediakan.
    4) Alamat pemohon mestilah di tempat penginapan di mana dia boleh dihubungi dengan surat (sila nyatakan nombor poskod).
    5) Sila nyatakan dalam borang sama ada pendaftaran baru atau pendaftaran tukar alamat.
    6) Sila pastikan anda menerima satu salinan borang pendaftaran sebagai bukti anda sudah mendaftar.


    BAGAIMANA HENDAK MENYEMAK STATUS PENDAFTARAN ANDA ?

    Seseorang pemilih berdaftar boleh menyemak status pendaftaran melalui cara-cara berikut:
    1) telefon Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya atau Pejabat Pilihan Raya Negeri dan berikan nama dan nombor K/P anda;
    2) melalui internet di www.spr.gov.my;
    Melalui semakan itu, pemilih akan memperoleh maklumat-maklumat berikut:
    Nama: nombor K/P (baru dan lama; jika ada);
    Bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri, daerah mengundi dan lokaliti.


    SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SECARA 'ON-LINE'

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di :
    Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
    atau
    Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
    Aras 4-5 Blok C7
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62690 Putrajaya
    Tel : 03-88856500



    MENDAFTARLAH SEKARANG DAN GUNAKAN HAK ANDA
    SEBAGAI WARGANEGARA
    UNDI ANDA ADALAH RAHSIA
    51
    Sudah daftar & pernah mengundi
    35.29%
    18
    Sudah daftar tapi tidak pernah mengundi
    17.65%
    9
    Belum daftar sebab belum cukup umur 21 tahun
    9.80%
    5
    Belum daftar walaupun dah cukup umur 21 tahun
    25.49%
    13
    Tahun ni aku berazam mendaftar jadi pengundi sebab da cukup 21 tahun
    9.80%
    5
    Sampai bila2 pun tidak mahu daftar jadi pengundi
    1.96%
    1
    Last edited by nissC20; 01-09-2009, 03:05 AM. Reason: edit broken links

  • #2
    Originally posted by Omey
    i merasmikan thread ni :) ...i da mengundi sebanyak 2 kali maklumlah da tua hehe...emm so far oklah SPR...senang berurusan...just check kat intenet bila time nak mengundi tu kat mana tempat pengundian berlangsung..
    cayalah omey sebb da pernah mengundi :41::41::41:

    aku pulak da 3 kali mengundi.(maka terkantoi ler umor aku ..:71:

    1st time mengundi tu memang gemuruh gak, maklum ler menda ni at least 5 tahun sekali baru leh jumpa :D
    tahun lepas punya election aku tersesat g tempat mengundi sebb tempt mengundi yg lama tu da pindah :))

    paling klaka pada aku ialah penggunaan pensil utk pangkah kertas undi.
    sebab klu tersilap pangkah, x disediakan pemadam :)):gelak guling:

    Comment


    • #3
      aku bru register thn lps....
      tp x mengundi pn...:))
      owner of: myvi kaler gold ~ moto wave 125 kaler biru ~ canon 1000d ~ nokia n95 8gb ~ psp 2000


      Comment


      • #4
        Originally posted by boy85 View Post
        aku bru register thn lps....
        tp x mengundi pn...:))
        xper bro.. yg penting da daftar :D :41::41:

        time election nanti, value anda sebagai rakyat m'sia lebih tinggi(no offence ok..) berbanding yg belum daftar sebb gomen sanggup kuar duit yg banyak(poster etc..) utk pujuk anda pangkah kertas undi mereka :71:

        Comment


        • #5
          Originally posted by nissC20 View Post
          xper bro.. yg penting da daftar :D :41::41:

          time election nanti, value anda sebagai rakyat m'sia lebih tinggi(no offence ok..) berbanding yg belum daftar sebb gomen sanggup kuar duit yg banyak(poster etc..) utk pujuk anda pangkah kertas undi mereka :71:
          mse aku register dh nk dkt pru...so nme aku xde lg utk mengundi....x dpt la aku merase nk undi...huhu...
          owner of: myvi kaler gold ~ moto wave 125 kaler biru ~ canon 1000d ~ nokia n95 8gb ~ psp 2000


          Comment


          • #6
            aku umo dah lebih 21
            tapi tak pernah mendaftar..
            KEEP THE BLUE FLAG FLYING HIGH ! BLUE.BLOOD.DIE !

            Comment


            • #7
              Originally posted by boy85 View Post
              mse aku register dh nk dkt pru...so nme aku xde lg utk mengundi....x dpt la aku merase nk undi...huhu...
              sabar bro :D
              masanya akan tiba jgak nanti.. :)
              Originally posted by pau_kacang View Post
              aku umo dah lebih 21
              tapi tak pernah mendaftar..
              daftar jer bro :) tak rugi apa2 pun..:)
              proses daftar ni sekali jer, leh guna seumur hidup.

              Comment


              • #8
                dh daftar.. dh mngundi... :)

                Comment


                • #9
                  blum lagi maaa..
                  >>>

                  Comment


                  • #10
                    Originally posted by oweizmez View Post
                    dh daftar.. dh mngundi... :)
                    tahniah sebb telah menjalankan tanggungjawab anda sebagai warganegara m'sia dgn bijaksana :41::41:
                    Originally posted by zamreda View Post
                    blum lagi maaa..
                    pa tunggu lagi bro? klu ada masa free tu, datang jer pej spr yg berhampiran.
                    sekarang da ok sebb pendaftaran buka sepanjang tahun, klu dulu, masa2 tertentu jer spr buka pendaftaran pengundi baru ni..:)

                    Comment


                    • #11
                      Originally posted by zamreda View Post
                      blum lagi maaa..
                      Haiyaa.. kenapa blm lg maa.. lu punya janggut dah cukup panjang... aku pun blm lg maaa:gelak guling::gelak guling::gelak guling: umur msh muda...
                      ~ Without knowledge action is useless.. and knowledge without
                      action is futile.. ~


                      sigpic

                      Comment


                      • #12
                        gue mude lg
                        tp insya-Allah next hari undi
                        dh mengundi::
                        PO List - SIC Vol 57 Kamen Rider W,MG Gundam Astray Red Frame Kai,MG Sazabi,MG Hi-V Gundam,HG Bear Acguy,HG Super Custom Zaku F2000
                        WIP - MG Gundam Astray Blue Frame Second Revise

                        Comment


                        • #13
                          Originally posted by wave89 View Post
                          Haiyaa.. kenapa blm lg maa.. lu punya janggut dah cukup panjang... aku pun blm lg maaa:gelak guling::gelak guling::gelak guling: umur msh muda...
                          apa nak susah maaa.. klu janggut pangjang, guna jer ni, maka muda ler 10 tahun..:71::71:

                          Originally posted by profpoyo View Post
                          gue mude lg
                          tp insya-Allah next hari undi
                          dh mengundi::
                          tu ler pasal, kan bagus klu automatic register jadi pengundi bila cecah umur 21:)

                          umur 21 tahun ni kemungkinan besar peluang utk mengundi adalah tipis sebab nama belum masuk sistem(senarai pengundi)

                          Comment


                          • #14
                            Originally posted by nissC20 View Post
                            apa nak susah maaa.. klu janggut pangjang, guna jer ni, maka muda ler 10 tahun..:71::71:


                            tu ler pasal, kan bagus klu automatic register jadi pengundi bila cecah umur 21:)

                            umur 21 tahun ni kemungkinan besar peluang utk mengundi adalah tipis sebab nama belum masuk sistem(senarai pengundi)
                            Jgn guna kat tmpt lain dah la yer ... :gelak guling:
                            ~ Without knowledge action is useless.. and knowledge without
                            action is futile.. ~


                            sigpic

                            Comment


                            • #15
                              mgkin betul tu..pakai shave karan..:71:
                              >>>

                              Comment

                              Working...
                              X