Bitcoin, Litecoin, Namecoin, Peercoin 728x90

Announcement

Collapse
No announcement yet.

SUSU IBU ~ Permulaan Yang Terbaik

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • SUSU IBU ~ Permulaan Yang Terbaik



    KENAPA PILIH YANG LAIN?


    1. Makanan Yang Sempurna Untuk Bayi

    ♥ Mengandungi semua nutrien yang perlu untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi, dan di dalam kuantiti yang mencukupi.

    ♥ Dapat memenuhi keperluan permakanan bayi dalam 6 bulan pertama kehidupannya.

    ♥ Mudah dihadam dan sentiasa tersedia pada suhu dan kepekatan yang bersesuaian.

    2. Mencegah Diarea

    ♥ Susu ibu tidak perlu penyediaan. Ini dapat mencegah diarea yang mungkin disebabkan penyediaan susu secara yang tidak bersih.

    3. Imunisasi Pertama Bayi

    ♥ Kolostrum yang dihasilkan di peringkat awal penyusuan adalah imunisasi peryama bayi. Ia kaya dengan antibody dan sel-sel hidup yang melindungi bayi dari bacteria dan virus.

    4. Mengurangkan Penyakit


    ♥ Bayi-bayi yang disusukan dengan susu ibu jarang mendapat jangkitan system pernafasan seperti ‘wheezing’, ‘bronchiolitis’, bronkitis, pneumonia dan ‘otitis media’.

    5. Mencerdaskan Otak Bayi

    ♥ Kajian yang dijalankan menunjukkan bayi yang diberi susu ibu mempunyai darjah kecerdasan (IQ) di antara 7-10 mata.

    ♥ Susu ibu juga mengandungi asid dokoheksanoik dan asid arakidonik yang penting untuk system saraf tunjang.

    6. Mencegah Alergi

    ♥ Bayi yang disusukan dengan susu ibu secara eksklusif jarang mengalami alergi seperti kembung perut, muntah, eczema dan asma.

    7. Memberi Keselesaan Dan Ketenangan Emosi Kepada Bayi

    +++ Penyusuan ibu memberi faedah kepada ibu juga!

    ♥ Penyusuan susu ibu secara eksklusif menjarakkan kehamilan.

    ♥ Kajian terkini menunjukkan penyusuan susu ibu mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.

    ♥ Penyusuan susu ibu sebaik selepas bersalin menyebabkan pengecutan awal rahim dan menghalang pendarahan yang berlebihan. ia juga membantu ibu mendapat bentuk badan yang asal dengan cepat.

    ♥♥♥ Yang penting, 'Penyusuan susu ibu mengeratkan hubungan ibu dan bayi!'

    Dari Browser Yang Disediakan Oleh Jabatan Pendidikan Kesihatan Hospital Selayang.

    sigpic

    Selangor
    Darul Ehsan

Working...
X