Bitcoin, Litecoin, Namecoin, Peercoin 728x90

Announcement

Collapse
No announcement yet.

Hubungan seksual selepas ada bayi

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Hubungan seksual selepas ada bayi

    Hubungan seksual selepas ada bayi

    Kickers: Keletihan dan komitmen baru isteri setelah bergelar ibu membuatkan suami terabai. Akibatnya, bahang asmara semakin suam. Jadi, bagaimana hendak memanaskan kembali anda berdua?


    Kehadiran anak mengubah segalanya. Bagi ibu baru, memang sukar untuk mereka menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Dalam kesakitan, keletihan dan emosi yang tidak stabil, dia masih perlu berikan perhatian pada si kecil. Jadi, tidak hairanlah jika mereka terlepas pandang pada anda yang bergelar suami.
    Bagi ramai wanita, mengadakan hubungan intim dengan suami boleh jadi sangat mencabar selepas ada anak. Kehadiran anak menjadikan mereka hampir tidak ada masa untuk pasangan. Setiap detik hanyalah untuk anak. Lebih-lebih pada peringkat awal bergelar ibu. Keadaan bertambah kronik jika anda sebagai suami tidak membantu. Seperti yang kita semua ketahui, bayi sangat-sangat perlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapanya. Jadi, ringan-ringankanlah tangan sekiranya anda mendapati isteri kelam-kabut menguruskan anak dan rumah tangga sendirian. Apabila isteri sudah kurang sibuk, pasti dia ada masa untuk anda. Betul tak?

    Bersama-sama ini ada beberapa idea bagaimana untuk terus bermesra dengan isteri selepas ada anak:

    Berbincang

    Lazimnya, anak membuatkan pasangan isteri terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti dengan anak. Langsung tidak ada masa untuk anda. Cara terbaik bagi memastikan aktiviti seksual tidak terganggu ialah dengan menetapkan masa untuk bersama. Berbincanglah bersama isteri dan cari waktu yang sesuai yang boleh anda luangkan bersama. Diakui bukan mudah untuk mencari masa luang lebih-lebih lagi jika ada anak kecil. Tapi percayalah. Mesti ada jalan. Yang pentingnya kemahuan. Tepuk dada tanya selera.

    Mesti kreatif

    Ramai pasangan enggan melakukan hubungan kelamin kerana bimbang anak akan nampak atau dengar apa yang mereka lakukan. Jika hal ini menjadi masalah anda dan isteri, ada beberapa perkara boleh anda lakukan. Lakukannya di dalam bilik tetapi jangan lupa mengunci pintu. Selain itu, ajar anak mengetuk dahulu pintu bilik sebelum masuk. Anda boleh juga melakukannya pada waktu malam tatkala anak sedang tidur. Tapi, pastikan jangan terlalu bising hingga mengganggu tidur mereka. Kalau susah sangat, waktu mandi pun boleh.

    Timbulkan rasa seronok

    Setelah berjaya meluangkan masa bersama isteri, berseronoklah dan nikmati saat itu sebaiknya. Sebaik-baiknya, elakkan daripada bercerita tentang anak-anak. Lupakan mereka buat sementara. Ketahuilah bahawa masa bersama isteri tidak seharusnya untuk hubungan intim semata-mata. Banyak perkara boleh anda lakukan selain itu. Misalnya, bermanja-manja, menonton filem menarik dan mandi bersama.

    Patut papa lakukan:

    Aturkan percutian romantik bersama isteri untuk kembalikan kehangatan cinta semalam.

    Lakukan perkara-perkara romantik bersama isteri seperti yang biasa anda lakukan dahulu.

    Belajar untuk fahami perubahan fizikal dan emosi isteri setelah bergelar ibu.

    Tawarkan diri untuk menjaga anak agar isteri ada masa untuk dirinya sendiri.

    Berikan isteri hadiah yang boleh menggembirakan hatinya.

    Sentiasa memuji kecantikan isteri. Tetapi pastikan anda ikhlas.

    Luahkan apa yang anda rasa padanya. Tidak kiralah sama ada yang positif mahupun negatif. Semua ini untuk keharmonian rumah tangga anda berdua.

    Jangan buat:

    Merungut padanya tentang kehidupan anda berdua yang sudah jauh berbeza.

    Memaksa dia dapatkan kembali susuk tubuh seperti ketika baru berkahwin dahulu.

    Memandang remeh susah payah isteri menjaga keluarga.

    Asyik hendak berkepit dengan isteri tanpa memikirkan yang dia bukan milik anda seorang.

    Memaksa dia memperuntukkan masa untuk anda sedangkan anda tidak membantunya menguruskan anak-anak.

    Tip segarkan dunia **** anda

    Pengertian makna **** sebenar

    Beritahu diri bahawa **** bukanlah hubungan intim semata-mata. Malah, lebih daripada itu. Oleh itu, para suami luang sedikit masa di pagi hari untuk membelai mesra rambut isteri sebagai tanpa kasih dan sayang anda pada isteri.

    Kisah cinta anda berdua

    Cubalah elakkan daripada bercerita tentang anak-anak tatkala anda sedang berdua-duaan dengan isteri. Berceritalah tentang kisah cinta anda berdua dan impian pada masa hadapan. Pasti lebih menyeronokkan.

    Jadi lebih kreatif

    Untuk bermesra dengan isteri, tidak semestinya di rumah. Ada banyak tempat yang boleh anda pilih. Misalnya di hotel. Fikirlah sendiri mana yang sesuai dengan cita rasa anda berdua. Yang pentingnya anda berdua rasa gembira.

    Aksi spontan

    Hubungan kelamin bukan hanya di bilik. Banyak lagi ruang di rumah anda yang boleh dijelajah untuk berikan kelainan. Tapi, sebelum itu, pastikan tidak ada yang perasaan aktiviti anda berdua. Terutamanya anak-anak.

    Lebih realistik

    Jangan malu-malu minta pada isteri jika anda ‘mahu’ kerana isteri tidak tahu apa yang ada dalam fikiran anda. Lebih baik berterus-terang. Kalau tidak ada yang tidur tak nyenyak.
    A few thing first..Sorry if i sounded offensive,i'm just speaking my mind. :) I'm no better than you,even if i am(maybe)..i dont even care coz were still the same :) On the lighter side..a quote from a favourite actor

    Julian: "Does anybody else have the heebee-jeebees?"

  • #2
    Nice info. Kalau dah ada anak, fokus dah lari ke lain :)
    sigpic
    Blog Teknologi: http://knowledgewithoutlimitation.blogspot.com/

    Comment


    • #3
      btul2..
      mmg diakui la..sebagai ibu,byk dulukan keperluan anak,secara tak sengaja,suami terabai sket..
      sket jeeee.... hehe

      aku pun dlm proses gak ni,membalancekan kasih sayang dan perhatian.ehe

      Comment


      • #4
        Originally posted by cyclon View Post
        Nice info. Kalau dah ada anak, fokus dah lari ke lain :)
        btui tu..dah x cukup tidur ni pulak nak layan anak dan suami..mati ler

        Comment


        • #5
          betul3..kekadang suami x endah ja bila isteri perlu??dia buat2 x tahu @ mmg x tahu?

          Comment


          • #6
            wah... enak ya kalao udah nikah he he he
            OBAT KEPUTIHAN BAU, GATAL, PUTIH SUSU, LENGKET DI CD

            Comment

            Working...
            X