Bitcoin, Litecoin, Namecoin, Peercoin 728x90

Announcement

Collapse
No announcement yet.

Resipi Pemulih Luka Pembedahan

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Resipi Pemulih Luka Pembedahan

    Bagi ibu-ibu yang melahirkan anak secara pembedahan, proses memulihkan
    tubuh sememangnya lebih cerewet. Ini kerana mereka perlu merawat luka pembedahan itu selain dari memulihkan tenaga.Disarankan agar semua masakan bagi mereka yang bersalin cara pembedahan tidak ditumis.

    Ini kerana minyak tidak membantu proses penyembuhan dalaman.
    Masakan yang bercili juga tidak digalakkan pengambilannya.

    Seeloknya setiap hidangan dimakan bersama nasi putih sebaik sahaja siap
    dimasak. Tujuannya bagi memastikan khasiat dan kesegarannya terjaga.
    Elakkan daripada memakan nasi sejuk (nasi yang dimasak semalam) kerana dikhuatiri boleh membuatkan perut kembung.


    [1] PERIA MASAK ASAM

    Bahan-bahan:

    200 ml air
    5 ulas bawang kecil – dihiris
    2 biji peria katak – dipotong nipis
    2 sudu besar ikan bilis – dibersihkan
    ½ sudu teh serbuk lada hitam
    ½ sudu makan air asam jawa
    Garam secukup rasa

    Cara menyediakan:

    a) Masak kesemua bahan sehingga pekat.
    b) Kacau rata dan kecilkan api. Tunggu sehingga naik bau.
    Angkat dan hidangkan.

    Info: Pengambilan peria dapat membantu ibu dalam pantang
    yang mengalami kesukaran membuang air besar, disamping menambah susu ibu.

    Ia juga membantu membersih dan melancarkan peredaran
    darah dalam tubuh jika diamalkan.


    [2] AYAM MASAK KERING

    Bahan-bahan:

    200 ml air
    3 – 5 helai daun pegaga – dihiris
    3 ulas bawang kecil – dihiris
    2 ketul ayam (sederhana besar)
    Seketul halia – dimayang halus
    ½ sudu teh serbuk lada hitam
    ½ sudu teh serbuk kunyit
    Garam secukup rasa

    Cara menyediakan:

    a) Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.
    b) Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering
    (mengikut suka). Hidangkan ketika masih panas.

    Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai
    jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.

    Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dimakan
    bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampu
    mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.


    [3] IKAN BILIS GORENG

    Bahan-bahan:

    3 sudu makan ikan bilis – digoreng tanpa minyak
    3 ulas bawang kecil – dimayang
    2 sudu air asam jawa
    Halia sebesar ibu jari – dimayang
    ½ sudu teh serbuk lada hitam

    Cara menyediakan:

    a) Masukkan ikan bilis di dalam pinggan. Letakkan halia, bawang
    dan tuangkan air asam jawa serta serbuk lada hitam ke atasnya.


    [4] IKAN TENGGIRI BERKUAH

    Bahan-bahan:

    200 ml air
    5 ulas bawang kecil – dihiris
    2 ketul ikan tenggiri
    Halia sebesar ibu jari – dimayang
    ½ sudu teh serbuk kunyit
    ½ sudu teh serbuk lada hitam
    ½ cawan air asam jawa
    Garam secukup rasa

    Cara menyediakan:

    a) Masaklah kesemua bahan hingga tinggal sedikit kuahnya.
    Angkat dan hidangkan.

    Info: Untuk mengekalkan kesihatan dan kesegaran tubuh badan,
    pengambilan ikan tenggiri dan ikan haruan sebagai makanan
    tambahan sepanjang tempoh berpantang amat digalakkan.

    Ia juga mampu melicinkan dan menegangkan kulit badan selain
    menyembuhkan luka dalaman dan luaran kerana kandungan
    asid amino dan lemak yang ada padanya.

    Isinya yang bebas kolesterol turut membuatkan paras wajah
    kelihatan berseri serta pemikiran menjadi cerdas. Ia juga tidak
    menggemukkan badan untuk jangkamasa panjang.


    [5] SUP AYAM

    Bahan-bahan:

    250 ml air
    2 ketul ayam
    ½ sudu teh serbuk lada hitam
    Halia sebesar ibu jari – dimayang
    Garam secukup rasa

    Cara menyediakan:

    a) Rebus kesemua bahan. Tambah air jika tidak mencukupi.
    b) Biarkan ia mendidih hingga tinggal sedikit kuahnya. Angkat
    dan hidangkan.

    Info: Penggunaan lada hitam bertujuan untuk memanaskan
    badan Boleh diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi seeloknya dalam kuantiti yang sedikit.


    [6] TENGGIRI MASAK ASAM

    Bahan-bahan:

    250 ml air
    2 ketul ikan tenggiri
    3 – 4 inci halia – dimayang
    3 biji bawang kecil
    ½ cawan air asam jawa
    ½ sudu teh serbuk lada hitam
    Garam secukup rasa

    Cara menyediakan:

    a) Campurkan kesemua bahan dalam periuk sederhana besar.
    Masak hingga pekat tetapi jangan sampai airnya terlalu kering
    Sedia dihidang bersama nasi putih.

    Info: Mencampurkan perahan air asam jawa dalam hidangan
    ibu berpantang banyak khasiatnya. Antaranya, dapat memudahkan
    untuk membuang air besar selain dari menyegarkan tubuh badan.
    sigpic

  • #2
    bagus info ni.. pasti org rumah tu lagi sayang kat hubby klu hubby dia sediakan menu ni time pantang :D
    errrr.. mcm x sabar nak kaweeen.. hahhaahaha :))

    Comment


    • #3
      errr..
      bkn org dlm pantang xbleh mkn menda gatal2 cam ayam ke.. :confused:


      Comment

      Working...
      X