Bitcoin, Litecoin, Namecoin, Peercoin 728x90

Announcement

Collapse
No announcement yet.

Himpunan Cerita-Cerita Lawak

Collapse
This topic is closed.
X
This is a sticky topic.
X
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Himpunan Cerita-Cerita Lawak





    >> INI DIKARANG ORANG POMPUAN
    >> So....jangan amek hati ye!!!
    >>
    >> Kalau perempuan lawa pendiam
    >> Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
    >> kalau perempuan tak lawa pendiam
    >> Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...
    >>
    >> kalau perempuan lawa berbuat jahat
    >> Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih...kesian
    >> kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
    >> Lelaki akan cakap: dah la tak lawa,perangai pulak huduh...
    >>
    >> kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
    >> Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
    >> kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
    >> Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...
    >>
    >> kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
    >> Lelaki akan kata: ok gak la....
    >> kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
    >> Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!
    >>
    >> kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
    >> Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
    >> kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
    >> Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...
    >>
    >> kalau perempuan lawa penyayang binatang
    >> Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
    >> kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
    >> Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...
    >>
    >> kalau perempuan lawa bawa BMW
    >> Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
    >> kalau perempuan tak lawa bawa BMW
    >> Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....
    >>
    >> kalau perempuan lawa tak mau bergambar
    >> Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
    >> kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
    >> Lelaki akan kata: sedar pun diri...
    >>
    >> kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
    >> Lelaki akan cakap: caring sungguh....
    >> kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
    >> Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....
    >>
    >> kalau perempuan lawa bersedih hati
    >> Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy forever
    >> kalau perempuan tak lawa bersedih hati
    >> Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...
    >>
    >> kalau perempuan lawa masak
    >> Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
    >> kalau perempuan tak lawa masak
    >> Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????
    >>
    >> kalau perempuan lawa main2 miss call
    >> Lelaki akan kata: takpe...
    >> kalau perempuan tak lawa main2 miss call
    >> Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..
    >>
    >> kalau perempuan lawa hantar2 email
    >> Lelaki akan kata: sukenya....
    >> kalau perempuan tak lawa hantar2 email
    >> Lelaki akan cakap: balik2 email dia...boring!! big grin big grin
    Last edited by joney; 11-04-2007, 07:02 PM.

  • #2
    Kisah Seram Kaki Pancing...

    KISAH SERAM KAKI PANCING...

    Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi,
    kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing
    kat situ. Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

    Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang
    dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak ke kampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat
    Zohor. tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

    Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg
    gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal
    ker,sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia
    nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

    Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2
    kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

    hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang,
    patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2
    kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis
    sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

    Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing
    balik,
    sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

    Comment


    • #3
      Hahahahaha

      CITE 1

      Ader seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan die pun berfikir bagaimana nak brain wash kanak2 di tadika tsebut supaya tak percaya wujudnya tuhan. Die pun mendapat satu akal... Guru tadika : Anak2,nampak tak pen ni. Anak2 : Nampak cikgu. Guru tadika : Pen ade kan. Anak2 : Ader cikgu. kemudia guru tadika tadi memasukkan pen tu dalam poket die, kemudian bertanya lg.. Guru tadika : Anak2,nampak tak pen? Anak2 : tak nampak cikgu. Guru tadika : pen ade tak? Anak2 : takder cikgu. Guru tadika: Anak2 nmpk tuhan tak? Anak2 : tak nampak cikgu. Guru tadika : tuhan ader tak? Anak2 : takder cikgu. Guru tadika td sgt gembira sbb tujuan die nak brain wash otak budak2 tu berjaya.Ttp dlm byk2 bdk tu ader seorg bdk yg pintar,dan die minta pun mengangkat tgn... Bdk A : Cikgu bleh sy ckp sesuatu. Guru tadika : Bleh,mari ke depan. Bdk A : kwn2 nmpk cikgu tak. Kwn2 : nampak. Bdk A : cikgu ader! kan? Kwn2 : ader. Bdk A : kwn2 nmpk otak cikgu tak? Kwn2 : tak nampak. Bdk A: cikgu ader otak tak? Kwn2 : tak ader. Moral of the story , bila tak nampak, tak semestinya takdak! sayangi agama kita dengan 'amar ma'ruf dan nahi mungkar, kalau tidak kita, siapa lagi...

      CITE 2


      Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tiba-tiba kereta di hadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari bossnya....:

      Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)

      Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta di hadapan, tapi pemandu tersebut menghalangnya... Kata pemandu tersebut:

      Pemandu: Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn't play! Let he taste. (Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalau tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang *** bukan main... Biar dia rasa)

      Besoknya si pemandu tak masuk kerja. Lusa, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:

      Boss : Why didn't you come to work?

      Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)

      Comment


      • #4
        Sama-samala kita ambik pengajaran

        - sama-samalah kita ambil pengajaran.. -



        Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah
        dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

        Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu
        jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan
        itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela
        seekor kucing siam.

        Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing
        terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah
        lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.
        Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok
        berbanding dengan dirinya.

        Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat
        rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya,
        Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

        Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi ,
        Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam
        karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya
        sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok
        tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan
        siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

        Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan
        sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan
        Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

        Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa
        si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya
        mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja,
        alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

        Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi
        jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan
        ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok,
        segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok
        dibuang begitu sahaja.

        Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.
        Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh
        suspen lagi berdebar-debar...

        Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

        Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

        Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

        Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni "

        Comment


        • #5
          Jangan Mencelah!!

          Dengar sesuatu cerita hingga tamat... ....Sebelum mencelah !!

          Atan sikecil melihat kereta ayahnya melalui taman permainan dan
          memasuki suatu belukar. Ingin tahu, dia ikut kereta itu dan lihat
          Ayahnya dan Mak Cik Junaidah berpelukan mesra.
          Atan sikecil mendapati ini suatu berita hangat dan tak sabar
          merahsiakannya terus berlari balek kerumah memberitahu ibunya,

          "Mak, tadi saya ditaman permainan dan nampak kereta Ayah masuk dalam belukar dengan Mak Cik Junaidah.
          Saya pergi dekat dan lihat Ayah betul-betul cium Mak Cik, kemudian Ayah tolong bukakan bajunya. Lepas tu Mak Cik tolong buka seluar Ayah, lepas tu Mak Cik Junaidah........"

          Ketika ini Maknya mencelah dan berkata,

          "Atan, ini suatu cerita hebat dan panas, apakata simpan dulu untuk
          dihabiskan masa kita makan malam ini. Mak nak tengok apa reaksi diwajah Ayahmu masa Atan bercerita nanti."

          Waktu makan malam, Ibu minta Atan me! mulakan ceritanya. Atan pun
          memulakan
          puisinya !.

          "Mak mak, tadi saya ditaman permainan dan nampak kereta Ayah masuk
          dalam belukar dengan Mak Cik Junaidah. Saya pergi dekat dan lihat Ayah
          betul-betul cium Mak Cik, kemudian Ayah tolong bukakan bajunya. Lepas tu Mak Cik tolong buka seluar Ayah, lepas tu Mak Cik Junaidah dan Ayah buat sama macam Mak dan Pak Cik Osman selalu buat Masa Ayah kerja askar dahulu tu."

          Si Emak terlopong........Terkadang-kadang kita perlu dan terpaksa
          mendengar sesuatu cerita hingga habis sebelum mencelah...

          Comment


          • #6
            Fakta-fakta Menarik

            1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium
            kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

            2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila
            melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di
            sesetengah kawasan.

            3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat,
            kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua
            tat, tiga tat, sampai lapan.

            4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka.
            "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana
            ni?"

            5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu '*** queue' haram
            dimakan oleh orang Islam.

            6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak
            kena cabai, cuba la cakap *** kat depan orang tua-tua.

            7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

            8. Si Bohsia dan Bohjan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

            9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan. astaghfirullahalazim...

            10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru
            diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesel L.
            Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

            11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau2 mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)

            Comment


            • #7
              Dalam Selimut...

              Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

              Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

              Bedah : Ya bapak, ada apa?

              Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

              Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

              Bapak : Dengar tak bapak kata.....

              Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

              Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

              Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

              Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

              Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

              Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.

              Bedah : Apa???!!!

              Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

              Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)

              Bapak : Bedah, tengok ni

              Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.

              Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar....

              Comment


              • #8
                Malam Pertama

                Seorang pengantin perempuan sedang disiapkan oleh mak andam.
                Malangnya, kasut untuk perkahwinannya telah hilang. Nasib baik adik
                perempuannya ada sepasang kasut dan meminjamkan kasut itu kepadanya.
                Macam mana pun kasut itu sempit dan tak berapa muat untuk dipakai oleh
                pengantin perempuan. Sebab dah tak ada kasut lain, maka terpaksalah pengantin perempuan memakai kasut tersebut. Sepanjang majlis itu pengantin perempuan terpaksa menahan sakit, tapi dia masih dapat mengontrol kejelitaan ditengah majlis itu.

                Sebaik tamat majlis bersanding, pengantin lelaki dan perempuan masuk
                ke dalam bilik tidur. Perkara pertama yang hendak dibuat oleh pengantin perempuan ialah menanggalkan kasut milik adiknya itu. Kakinya pedih tak tertahan. Ketika itu keluarga lelaki dan perempuan berada tidak jauh dari bilik tidur mereka. Alangkah terperanjat mereka bila mendengar bunyi suara perempuan mendengus dan
                mengerang kesakitan dari bilik pengantin. Tiba-tiba terdengar pengantin lelaki
                berkata, "Osshh! Ketatnya!".

                Keluarga pengantin perempuan dengan bangga berkata kepada keluarga sebelah
                lelaki, Kan saya dah cakap, anak perempuan saya tu masih dara lagi.....
                Tak berapa lama kemudian terdengar pengantin perempuan menjerit kesakitan. Pengantin lelaki berkata, "Akhirnya dapat juga cabut. Jangan takut sakit sikit
                je sayang".

                Kedua-dua keluarga bertambah hairan bila terdengar pengantin lelaki berkata,
                mari cuba yang satu lagi. Yang ni abang rasa mesti lebih ketat. Jangan takut, kita buat perlahan-lahan. Sayang, tahan ye. Keluarga kedua belah pihak berpandangan kehairanan

                wakakakakaka....

                Comment


                • #9
                  Peminat MAWI

                  Peminat MAWI

                  Satu hari seorang pengawal membuat rondaan disetiap bilik orang sakit mental, dalam rondaannya dia terdengar nyanyian yang merdu walupun tak bunyi macam suara Mawi tapi suaranya memang hebat dengan suaranya yang tersendiri mengalunkan lagu Intifada.

                  Kata pengawal itu dalam hatinya,"tak sangka ada juga orang yang sakit mental ni boleh menyanyi dengan hebat. Ingatkan radio atau kaset yang dipasang oleh pengawal yang lain." sambil melihat dari luar pesakit tu menyanyi sambil telentang di atas katilnya. Pengawal terus melalui bilik itu dan berjalan terus untuk meronda kebilik2 pesakit yang lain.

                  Setelah selesai pengawal berpatah balik. Apabila sampai ke bilik pesakit mental yang menyanyi tadi ia masih menyanyi tetapi kali ini lagu aduh saliha pulak. Dia menyanyikannya memang hebat, bagus sekali tone suaranya , cuma dia sakit mental aje kalau tak boleh buat album....tapi kali ini dia menyanyikan lagu aduh saliha tu dalam keadaan meniarap, lagu intifada yang mula2 tadi terlentang? pengawal tu hairan dan bertanya pada pesakit mental tu...

                  "kenapa kamu menyanyi meniarap? tadi terlentang?"

                  Jawab pesakit mentaltu.....

                  "Tadi SIDE A...ini SIDE B lah pulak...."

                  Pengawal tupun beredar dari situ dan berkata dalam hatinya.."betul jugak"

                  heeeeheeee...."

                  Comment


                  • #10
                    Subject: RM1000 & Telur

                    Subject: RM1000 & Telur

                    Ada seorang pak cik yang bernama Pak DI yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Di dah pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank untuk menyimpan RM1000nya.

                    Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya.

                    Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menyimpan RM1000 dibank. Apa kerja pak cik?

                    Pak DI : Saya ni sebenarnya takde kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

                    Manager : Ooo... ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

                    Pak DI : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

                    Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.

                    Pak DI: Macam ni... dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

                    Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe... saya setuju.

                    Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya.. ooh masih ada.Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada....... Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak DI.

                    Manager : Pak cik sorrylah ye.. telur saya masih lagi ada..

                    Pak DI : Betul ke? Aku tak percaya... Mari sini aku pegang...Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak DI pun berkata.. Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni.

                    Pak DI pun menghulurkannya.

                    Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror... Sorrylah pakcik.Hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi laaaa keh.. keh.. keh...

                    Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kuanter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak DI.....

                    Manager: mana pak cik dapat duit sebanyak tu?

                    Pak DI : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.

                    Manager : Bertaruh apa?

                    Pak DI : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank.....

                    Manager : Tak guna punya orang tua....

                    Comment


                    • #11
                      Malam...

                      Baca cite ni...yang difwdkan oleh seorang kawan.

                      Di Sek Ren. Kg. Ketipak Ketipung, seorang guru sedang
                      mengajar mata pelajarann matematik. Tiap kali dia mengajar
                      di kelas 4 C, salah seorang anak muridnya asyik meludah dekat
                      tapak tangan kemudian tu digosok kat kepalanya. Hari-hari guru
                      ini perhatikan tabiat anak muridnya itu, satu hari dia pun bertanya...

                      Guru: Atan! datang depan sini.
                      Atan : Saya datang cikgu.
                      Guru: Tiap kali saya mengajar, saya lihat awak ludah tapak tangan
                      kemudian sapu dekat kepala awak, mengapa awak buat
                      cam tu?
                      Atan : Saya tak faham matematik cikgu!! Saya buat cam ni
                      supaya apa yang cikgu ajar senang masuk dalam otak saya.
                      Guru : Siapa yang ajar Atam cam tu?
                      Atan : Emak saya cikgu.
                      Guru : Apa yang emak cakap?
                      Atan : Cikgu, bila malam saya tidur dgn ayah & mak saya, lampu
                      semua tutup, saya tidur dibawah dan saya dengar mak
                      saya cakap dgn ayah saya....
                      "KALAU SUSAH-SUSAH NAK MASUK, SAPU AJER AIR LUDAH
                      TANG KEPALA TU..BARULAH SENANG MASUK!!.."

                      Guru : ?????????.....

                      Comment


                      • #12
                        Berita GEMPAR!!!

                        BERITA GEMPAR!!!!! HARAP-HARAP TENANGKAN PERASAAN
                        SEBELUM MEMBACA LAPORAN INI, BAGI YANG TELAH TERLANJUR... APA NAK BUAT!!!!


                        Haram menikahi gadis satu kampung... JAKIM telah
                        mengeluarkan keputusan baru. Setelah diadakan perbincangan dan diskusi diantara para pemimpin JAKIM dan ahli ulamak, memberikan keputusan pada tanggal 1 Jun lepas :


                        "HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK
                        MENIKAHI GADIS SATU KAMPUNG"


                        Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan
                        bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan
                        banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tersebut tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan
                        yang mendalam sebab-sebab JAKIM mengeluarkan fatwa
                        sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:


                        WARTAWAN: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa
                        haram untuk menikahi gadis sekampung?

                        PEGAWAI KANAN JAKIM: Bagaimana tidak haram, sedangkan
                        menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi satu
                        kampung!!!..........

                        hehehehehe..... kah kah kah...

                        Comment


                        • #13
                          kahkahkah, tgh penat2 ni baca cite lawak camni leh terubat gak tension

                          Comment


                          • #14
                            Type Of Girl

                            TYPE OF GIRLS...ZAMAN KINI..lachen

                            HARD DISK GIRLS:
                            she remembers everything, FOREVER

                            RAM GIRLS:
                            she forget about you, the moment you turn her off

                            WINDOW GIRLS:
                            everyone know that she can't do a thing right, but no one can live
                            without her.

                            SCREENSAVER GIRLS:
                            she is good for nothing but at least she is fun

                            INTERNET GIRLS:
                            Difficult to access

                            SERVER GIRLS:
                            Always busy when you need her

                            MULTIMEDIA GIRLS:
                            She make horrible thing look beautiful

                            CD-ROM GIRLS:
                            She is always faster and faster.

                            EMAIL GIRLS:
                            Every ten things she says, eight are nonsense

                            VIRUS GIRLS:
                            Also known as "wife'' when you are not expecting her, she comes,
                            install herself and uses all your resources. If you try to uninstall
                            her you will lose something, if you don't try uninstall her you will
                            lose everything...


                            so girls.. which one type of u?

                            Comment


                            • #15
                              Originally posted by ayam View Post
                              kahkahkah, tgh penat2 ni baca cite lawak camni leh terubat gak tension
                              memang tujuan untuk release tension pun... hehehehhe... byk lagi ni.... tungguuu!!!

                              Comment

                              Working...
                              X