Bitcoin, Litecoin, Namecoin, Peercoin 728x90

Announcement

Collapse

Post in the correct section or you will be BANNED

Please make your post in the correct section

Please ensure you know how to differentiate between Virtual and Digital Product with Affiliate

if you are promoting somebody else digital product, it falls into Affiliate category

Don't hit and run after creating your thread. Please provide your after sales support or answer any inquiry.

Failing to do so will result in user will not be interested with your thread
See more
See less

Apakah yang dikatakan PROGRAM AFFILIATE ?

Collapse
This is a sticky topic.
X
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Apakah yang dikatakan PROGRAM AFFILIATE ?

    Apakah yang dikatakan PROGRAM AFFILIATE ?

    Menurut kamus, perkataan Affiliate membawa maksud ; bergabung, bersekutu. Oleh itu, di dalam konteks perniagaan internet ini, program affiliate bolehlah disimpulkan sebagai; satu penggabungan usaha dan perkongsian keuntungan di antara dua pihak; iaitu pihak penjual (pemilik produk) dengan agen penjual (peserta affiliate) . Ada juga pihak yang mempermudahkan lagi definisi Affiliate itu sebagai rakan pemasaran.

    Program Affiliate yang biasa dilihat adalah terbahagi kepada dua jenis; yang percuma, dan yang berbayar.

    Program affiliate percuma ini tidak mengenakan apa-apa syarat, melainkan mendaftarkan diri sebagai peserta sahaja. Mana kala yang berbayar pula, biasanya pihak penjual mensyaratkan kita membeli terlebih dahulu produknya sebelum menjadi agen affiliatenya. Ada juga syarikat yang melakukan kedua-duanya sekali ! Apa yang dimaksudkan ialah; walau pun pembelian bukanlah satu kemestian, namun peserta yang terlebih dahulu membeli
    produk, akan mendapat peratus komisen yang lebih besar berbanding dengan ahli yang mendaftar secara percuma!

    Komisen jualan adalah ditentukan oleh pihak syarikat/penjual. Kebiasaannya untuk produk fizikal (barangan yang mempunyai bentuk, saiz & berat!) komisennya agak kecil. Ini adalah kerana pihak syarikat terpaksa menanggung kos pembuatan/pembelian dan juga kos penghantaran. Sementara untuk produk yang bukan fizikal (yang boleh dihantar secara muatturun sahaja), kadar komisennya agak tinggi dan lumayan.
    Ini kerana produk seumpama ini tidak memerlukan modal kewangan yang besar.

    Sejarah Affiliate Marketing
    Program affiliate telah dicipta oleh CDNow.com pada tahun 1994 dan kemudian dipelopori oleh Amazon.com pada tahun 1996.Pada mulanya ia dianggap sebagai program bersama atau program partner.

    Apakah Affiliate Marketing?
    Affiliate Marketing adalah cara yang popular bagi mempromosi bisnes secara online atau di internet.Affiliate akan mendapat pulangan daripada jualan yang dibuatnya.Affiliate Marketing merupakan industi yang sangat cepat berkembang di internet.

    Kenapa Banyak Syarikat Menggunakan Affiliate Marketing?
    Affiliate disukai kerana kosnya yang rendah dan merupakan salah satu cara menjana pendapatan melalui internet.Ada sesetengah syarikat mempunyai sektor yang bergantung sepenuhnya kepada affiliate marketing.

    Berapakah Hasil Yang Kita Boleh Dapat Melalui Affiliate?

    Sebenarnya tiada had pendapatan yang kita boleh perolehi daripada internet.Ada affiliate yang boleh mendatangkan 5 hingga 6 angka setiap tahun dan banyak super affiliate yang mempunyai trafik yang tetap dan mempunyai komisyen yang tinggi.

    FAKTA: Affiliate merupakan antara pilihan yang terbaik dalam menjana pendapatan di Internet.

    [ame="http://www.youtube.com/watch?v=pR1iomH6tTg"]~WHAT IS AFFILIATE MARKETING[/ame]~ :dance:

    Regards,

    Razif Yusof
    Online Entrepreneur
    Ehoza Business Board Mod
    :ombak:

    Usahawan WAJIB Gunakan Facebook
    http://facebook.usahawaninternet.my

  • #2
    :goodpost: aku dr dulu lg tertanye2 pe yg dimaksudkan Affiliate. nak tanye malu.:71:

    stat dari ni aku bertambah minat nagn program Affiliate, bak kate org tua2 x knl maka x cinta. so bile dah tau serba sedikit ni psl mende alah ni rs ingin mencube plak.
    Keep in touch


    Comment


    • #3
      Ajib ni koi terer dlm bab business internet dah... caya la bro...
      http://www.dietmate5.com/index.php?id=rosnizam

      Comment


      • #4
        kini berpuluh program affiliate telah muncul dalam 2,3 bulan nie... anda ambil peluang?
        :ombak:

        Usahawan WAJIB Gunakan Facebook
        http://facebook.usahawaninternet.my

        Comment


        • #5
          kat Malaysia, bila sebut affiliate (merujuk kepada perniagaan internet), dah memang banyak Internet Marketer (IM - mereka yang bergiat dalam perniagaan internet) yang membuka peluang untuk kita jadi Affiliate mereka

          Bahasa mudah, mereka ada produk, kita mohon jadi affiliate (salesman) mereka, dan kita promosikan produk mereka, apabila ada orang beli produk mereka melalui affiliate link kita, kita akan dapat komisyen tertentu (biasanya komisyen tertinggi pernah saya tengok, 50% daripada harga produk)

          Pendek kata, ini adalah sangat bagus untuk mereka yang ada blog, dapat gunakan kekuatan blog mereka, untuk promote produk orang lain, dan seterusnya mendapat komisyen pada hujung bulan (atau 15hb setiap bulan kebiasaannya).

          Apakah Produk-Produk Ini?
          Kebiasaannya IM Malaysia jual produk digital (ebook, audio, video dll). Kalau dalam dunia realiti (offline), kita jadi salesman/salesgirl utk produk-produk kecantikan, kesihatan, dan bermacam lagi. Macam itu juga konsep di internet... :)

          Kalau ada sesiapa nak tahu lebih lanjut mengenai perniagaan internet, boleh hubungi saya di :

          http://dikmal.com/contact-dm/

          ataupun anda boleh bertanya melalui support team Majalah IM :

          http://www.majalahim.com/hubungi-kami/

          jangan risau, saya tak kena kan apa-apa charge untuk setiap soalan anda... :) ::::

          www.majalahIM.com - Sumber Informasi Perniagaan Internet Malaysia

          Comment


          • #6
            Alhamdulillah...

            kemunculan Cik Mal memberikan kita semua satu ilmu baru dalam bidang perniagaan internet ini.

            Untuk pengetahuan semua, Cik Mal merupakan ketua editor dari majalahIM.
            Satu majalah yang menampilkan perniagaan internet di Malaysia. Banyak info yang boleh kita semua dapat dari sana. Dan yang penting, majalah nie percuma...!

            Semoga kita semua lebih mengenali perniagaan internet ya!
            :ombak:

            Usahawan WAJIB Gunakan Facebook
            http://facebook.usahawaninternet.my

            Comment


            • #7
              Originally posted by Razif1224 View Post
              Alhamdulillah...

              kemunculan Cik Mal memberikan kita semua satu ilmu baru dalam bidang perniagaan internet ini.

              Untuk pengetahuan semua, Cik Mal merupakan ketua editor dari majalahIM.
              Satu majalah yang menampilkan perniagaan internet di Malaysia. Banyak info yang boleh kita semua dapat dari sana. Dan yang penting, majalah nie percuma...!

              Semoga kita semua lebih mengenali perniagaan internet ya!
              thx Razif for the introduction bout me :D ala...saya org kecik je dlm industri ni... ::::

              semoga warga ehozarian terus sukses ::::

              Comment


              • #8
                Affiliate sgt mudah especially bg mereka yg ada blog niche tertentu...contohnya affiliate produk niagakit.com..Sesiapa yg mempunyai blog hits yg tinggi akan lebih mudah mendapat jualan sbb kredibiliti blog tersebut mampu memberikan jaminan kepada bakal pembeli.

                Affiliate yg sebenar lebih complicated, tetapi utk market Malaysia lebih mudah kita definasikan sebagai Agen Jualan Produk Secara Online. Kebanyakkan produk yang menawarkan affiliate tidak mengenakan sebarang byrn dan pembayaran di lakukan sebulan sekali.

                Cara untuk mendapatkn hasil jualan yg tinggi dan mempromosikan secara beretika ialah dengan memastikan anda memilih produk yg tepat dengan market yang anda pilih. Tak kan lah nak jual produk pancutkanisteri dalam market anime..so pilih produk yg sesuai dengan market..

                -just my 2 dollar. :)
                sigpic

                Comment


                • #9
                  AFFILIATE apa sekarang ni yang really boleh buat duit ???

                  Comment


                  • #10
                    Boleh cuba PPL yang kini panas di thread2... :)

                    Selain itu affiliate produk apa yang ekedai rasa mampu promosikan dengan cemerlang...

                    Itu kuncinya... ::
                    :ombak:

                    Usahawan WAJIB Gunakan Facebook
                    http://facebook.usahawaninternet.my

                    Comment


                    • #11
                      wooo....
                      paham skit2.....
                      kire cam kite le sbg promoter ek....
                      n dpt komisyen...??
                      camtu...??
                      [WTS] Ayam Brand T-Shirts...
                      [WTS] Batu Serai 100% Ori...
                      [WTS] Mirror Screen Protector...

                      Comment


                      • #12
                        Originally posted by zeal_tech View Post
                        wooo....
                        paham skit2.....
                        kire cam kite le sbg promoter ek....
                        n dpt komisyen...??
                        camtu...??
                        yep.. ;)

                        try la....

                        tunggu Majalah IM bulan April ni..kami cover pasal Affiliate Marketing ;)

                        Comment


                        • #13
                          salam..aku dh dpt hasil pertama dengan program ppl...::
                          PAY PER CLICK Malaysia http://tinyurl.com/7eZ3k4i
                          Download Ebook Percuma http://tinyurl.com/hAnz81

                          Comment


                          • #14
                            congrats bro, Dah dapat hasil pertama.
                            Hamba masih mencuba nih...
                            System Rahsia Clickbank
                            ForexGuide

                            Comment


                            • #15
                              Tahniah semua...

                              Usaha lagi... :)

                              Apa yang penting, jika anda belum bermula,
                              tak perlu target jauh... hanya dapatkan RM1 anda dahulu...
                              :ombak:

                              Usahawan WAJIB Gunakan Facebook
                              http://facebook.usahawaninternet.my

                              Comment

                              Working...
                              X