Bitcoin, Litecoin, Namecoin, Peercoin 728x90

Announcement

Collapse
No announcement yet.

Info terbaek pasal kucing....

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Info terbaek pasal kucing....


    Soalan2 Lazim Mengenai Kucing....::




    1. Kenapa bulu kucing sy gugur?
    - kebanyakan kes keguguran bulu disebabkan oleh : kutu, kurap, makanan yang salah dan juga kucing anda mengalami penyakit yang mengakibatkan stress yang membawa kepada bulu gugur.Pemandian yg terlalu kerap juga boleh menyebabkan gugur bulu.

    2. Kenapa kucing sy tidak mahu membuang najis dalam bekas pasir yang disediakan?
    i.mungkin kucing anda belum biasa
    ii.bekas pasir terlalu penuh/basah/kotor dan kucing anda 'geli' utk menggunakannya
    iii.pasir itu terlalu kasar dan menyebabkan tapak kakinya sakit bila ia memijaknya

    3.Kenapa kucing sy suke mencium muka sy?
    - kucing menganggap anda juga seekor kucing., mencium muke/mendekatkan muke adalah tanda ia mesra dan percaya/sayangkan anda.

    4.Kenapa kucing sy suke mencuri minum air masak dlm cawan yg sy tinggalkan atas meja, sedangkan sy dah letak air yg cukup dlm bekas minumnya?
    - biasanya owner akan meletakkan air minum dan membiarkannya selama 2-3 hari sebelum menukar baru.Kucing amat cerewet tentang 'rasa' air tersebut.Anda hendaklah menukar air minum kucing setiap hari wpun kucing anda tidak menghabiskannya, kerana air itu sudah menjadi 'tidak sedap' ( telah dicemari air liur nye/bulunye).Sy tidakah menyuruh anda memberi air masak kpd kucing anda, memadai anda memberi air minum yg bersih setiap hari....awas..kucing yg sudah biasa minum air masak, lebih suka 'rasa' air ini dan mungkin tidak mahu minum air tidak dimasak lagi.. :) (kucing adalah haiwan yg cerewet!)

    5.Kenapa kucing sy kelihatan sakit apabila meneran untuk membuang air besar?
    i.sembelit
    ii.patah tulang pelvik (perlu perhatian segera, bw ke klinik dgn cepat)
    iii.masalah saraf pelvik/saraf kaki
    (sekiranya kucing anda telah sembelit lebih dari 2 hari, bawa segera berjumpa vet anda kerana dikhuatiri bukan masalah sembelit shj...)

    Sekian..jumpe lagi............::


    Software2 best --> K l i k k a t s i n i . . .
    Megan Fox Sexy Video --> Download it here.!!

  • #2
    Istilah - istilah yang mungkin anda dengar di klinik veterinar




    Bagi pet owners, bila ke klinik dan bertemu dgn doktor veterinar, mesti ada istilah2 baru yang kadang2 memeningkan kepala, di sini Catlina terangkan serba sedikit & secara ringkas ttg istilah2 veterinar.Jika ada istilah lain yg anda pernah dengar tetapi tak tau maksud atau dah lupa maksud dia, anda boleh tny kan Catlina di ruangan comment bagi entry ini. Harap maklum.

    1. constipation : sembelit
    2. anaesthesia : pembiusan/ ubat bius
    3. anaesthetic risk : risiko anaesthesia ( terutama bagi haiwan yg terlalu muda, terlalu tua,atau ada masalah jantung & paru2)
    4. polyuria : byk kencing
    5. polydipsia : byk minum ( terlmpau byk dari biasa , biasa nye polyuria & polydipsia berlaku serentak)
    6.antibiotik : ubat yang membunuh bakteria
    7. antiviral : ubat yang mengawal / mencegah virus ( virus sukar dibunuh/dihapuskan apabila berada dlm badan)
    8. antiprotozoa : ubat yang membunuh protozoa (parasit dlm bdn contohnya, parasit darah)
    9. antihistamin : ubat yang [email protected] mengurangkan alergi/alahan
    10. dyspnea : sukar bernafas
    11. open wound : luka terbuka/ terdedah
    12. anthelmintic : ubat nyah cacing
    13. antiemetic : ubat menahan/mencegah muntah (antivomitting)
    14. spaying : pembedahan memandulkan kucing/anjing betina
    15.castration : pembedahan memandulkan kucing/anjing jantan

    Software2 best --> K l i k k a t s i n i . . .
    Megan Fox Sexy Video --> Download it here.!!

    Comment


    • #3

      Kecacingan
      Anak kucing adalah lebih terdedah kepada kecacingan.


      Cacing pita


      Cacing gelang dalam najis haiwan kesayangan


      Tanda - tanda klinikal (Simptom)
      - cirit birit
      - kehadiran cacing /segmen cacing yang berwarna keputihan dlm najis
      - muntah
      - kurang selera makan
      - kurus tetapi perut buncit
      - calitan najis di klinik vet menunjukkan ada telur cacing( dilihat menerusi mikroskop)


      Telur cacing pita dilihat melalui mikroskop


      Telur cacing gelang(roundworm) dilihat melalui mikroskop


      Rawatan
      - pemberian ubat nyahcacing (pyrantel, mebendazole, praziquantel @ albendazole) - dapatkan nasihat vet anda!
      -anak kucing dan anjing boleh diberi ubat nyahcacing dlm bentuk sirap/liquid seawal umur 1 bulan.
      -bagi anjing/kucing dewasa bentuk ubatan biasanya adalah dlm bentuk pil/tablet.
      -rawatan sokongan mungkin diperlukan bagi merawat cirit birit (kaolin pectin atau antibiotik dan multivit)

      Pencegahan
      -program pemberian ubat nyahcacing berjadual (sekurang - kurangnya 3 bulan sekali)
      - boleh diberikan sendiri di rumah atau bawa berjumpa vet anda untuk pemeriksaan dan rawatan

      Software2 best --> K l i k k a t s i n i . . .
      Megan Fox Sexy Video --> Download it here.!!

      Comment


      • #4
        ko ni mmg peminat tegar kucing la..:goodpost:

        Comment


        • #5
          huhu

          korang nieh....pakar kucing la...hahaha

          Comment


          • #6
            Originally posted by aleh49 View Post
            ko ni mmg peminat tegar kucing la..:goodpost:
            hehehe.....biase2 je bro....
            x tegar pon...
            cuma share info/ilmu yg dpt dr internet ni je....
            kan x elok sorang2 je dpt ilmu tu.....::::::


            thanks sbb say thanks kat posting aku tu...arigato....



            Originally posted by klo View Post
            korang nieh....pakar kucing la...hahaha

            biase2 je bro.....xde pakar pon...
            hari tu kuceng aku saket perot smpai gigil bdn pon aku da glabah.....
            ::::::::::::
            Software2 best --> K l i k k a t s i n i . . .
            Megan Fox Sexy Video --> Download it here.!!

            Comment


            • #7
              TIPS-TIPS MEMELIHARA KUCING

              TIPS-TIPS MEMELIHARA KUCING



              Penjagaan Veterinar
              Kucing haruslah divaksin seawal 2 bulan untuk melindunginya dari pelbagai penyakit. Awasinya dari kutu, pepijat dan hama telinga yang boleh menyebabkan ketidak selesaan dan rasa gatal. Pencegahan cacing secara teratur boleh menjauhkan parasit seperti :
              i - Cacing Kerawit.
              ii - Cacing pita dll.


              Adalah dinasihatnkan supaya anda mendapatkan penilaian fizikal kucing dari doktor veterinar pada setiap 6 bulan sehingga setahun sekali.

              Vaksinasi
              Kucing anda harus mendapatkan vaksinasi yang teratur untuk mencegah dari pelbagai penyakit serius.

              Pengawalan Parasit
              Kutu dan cacing boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan memberi risiko kesihatan kepada anda dan kucing anda. Minta nasihat doktor veterinar untuk cara pencegahan yang terbaik.


              Merapi
              Perapian adalah perlu untuk mengekalkan kesihatan keseluruhannya.
              1. Berus seminggu sekali. Kucing berbulu panjang haruslah diberus setiap hari
              2. Potong kuku apabila perlu.
              3. Kebersihan mulut adalah perlu untuk kesihatan keseluruhan
              4. Bersihkan kucing anda setiap 2 minggu atau bila perlu.
              5. Mandikan kucing anda untuk menghilangkan habuk dan bau.
              6.Penjagaan Makanan.

              :: :: :: :: :: ::
              Software2 best --> K l i k k a t s i n i . . .
              Megan Fox Sexy Video --> Download it here.!!

              Comment


              • #8
                nice info..... menambah ilmu didada lagi tentang kucing neh... :D
                Bila ada DropBox siapa lagi perlukan pendrive untuk menyimpan data. :)

                Comment

                Working...
                X