Bitcoin, Litecoin, Namecoin, Peercoin 728x90

Announcement

Collapse
No announcement yet.

Tahukah Anda? | Asal Usul UiTM | Warga UiTM Wajib Tahu

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Tahukah Anda? | Asal Usul UiTM | Warga UiTM Wajib Tahu

    Kenali UiTM! Sebagai warga UiTM yang sentiasa menyebut slogan "UiTM Dihatiku" kita patut tahu asal usul kewujudan UiTM di Bumi Malaysia ni.

    Sumber: Web UiTM



    Sejarah 1956, 1965, 1967, 1996
    UiTM nyata lebih segar diingati dengan penubuhannya sebagai Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1967. Institut ini merupakan buah hasil para pemimpin Malaysia yang penuh visi, terutamanya bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak. Sepanjang era beliau sebagai ?Bapa Pembangunan?, salah satu misi negara memberi fokus terhadap usaha untuk membangunkan taraf sosioekonomi kaum bumiputera di negara ini. Allaryarham Tun Abdul Razak telah meletakkan batu asas pembinaan kampus di atas tanah yang berukuran 300 ekar luasnya di Shah Alam tanggal 14 Oktober 1967. Ia merupakan visi Allaryarham Tun untuk menjadikan ITM sebagai katalis bagi menjana kesemua sumber yang ada dan melahirkan serta melipatgandakan jumlah graduan bumiputera yang terlatih dan berkelayakan bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi malah di dalam bidang-bidang lain. Walaupun kini memegang status universiti, ia adalah mustahil untuk melupakan setiap detik permulaan institusi ini. Lakaran sejarah UiTM bertitik tolak pada tahun 1956 dengan tertubuhnya Dewan Latehan RIDA.
    Dewan Latehan 1956 - 1965
    ground breaking


    Penubuhan Dewan Latehan RIDA ditubuhkan ekoran hasil lawatan ke Ceylon (kini Sri Lanka) untuk program pembangunan dalam negeri pada tahun 1951. Satu kertas kerja lawatan tersebut yang mengandungi tentang penubuhan RIDA dan objektifnya untuk membangunkan serta meningkatkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar telah diketemukan. Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Industri mempunyai dua pusat utama di bawah naungannya iaitu Taman Asuhan RIDA (Kuala Lumpur) dan Dewan Latehan RIDA (Petaling Jaya).
    Dewan Latehan RIDA mula beroperasi pada bulan November 1956 dan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan dan Industri pada 14 oktober 1957. Beberapa kursus profesional yang ditawarkan oleh badan antarabangsa seperti London Chamber of Commerce, Australian Chartered Secretaryship of Management telah ditawarkan di Dewan Latehan RIDA. Pada tahun 1964, Dewan Latehan RIDA telah melangsungkan majlis konvokesyennya yang pertama dan telah menyaksikan seramai 50 orang graduan dianugerahkan sijil oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

    Maktab MARA 1965 - 1967
    Dewan Latehan RIDA telah ditukar nama kepada Maktab MARA pada bulan Jun 1965. Menurut Y.A.B. Tun Abdul Razak, pertukaran nama ini adalah bertujuan untuk memberi nafas baru dan aspirasi kepada pusat latihan itu sendiri. Pertukaran ini juga menandakan yang institusi ini bukan lagi di bawah bidang kuasa RIDA, sebaliknya menjadi sebuah unit terpenting bagi Bahagian Latihan MARA.

    MARA, nama singkatan bagi Majlis Amanah Rakyat telah mengambil alih institusi ini dan mengukuhkan lagi peranan dan tanggungjawab RIDA. Pada tahun 1966, apabila British Institute of Management memansuhkan penawaran peperiksaan jarak jauh atau ?External Exam?, kolej MARA mula menjalankan program Diploma Pengajian Perniagaan yang tersendiri. Program tersebut telah mendapat pengiktirafan antarabangsa oleh Ealing Technical College of London yang turut menjadi pemeriksa luar.

    Institut Teknologi MARA 1967 - 1999
    Hasil dari kajian dan penyelidikan yang diusahakan oleh kerajaan dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1965 menyatakan bahawa negara menghadapi masalah kekurangan pekerja terlatih pada tahap profesional dan separa profesional di kalangan Bumiputera. Bagi mengatasi masalah ini, 300 ekar tanah di Shah Alam telah diluluskan untuk menjadi tapak kampus kolej MARA. Pada 14 Oktober 1967, batu asas bagi pembinaan kampus telah diletakkan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak dan dengan itu, nama Maktab MARA secara rasminya ditukar kepada Institut Teknologi MARA.

    Pembangunan ITM dalam tempoh tahun-tahun tersebut dikatakan berkembang pesat ekoran perkembangan program pembelajarannya, yang sejajar dengan peningkatan keperluan tenaga kerja pada masa itu. Pelbagai bidang kursus mendapat hasil kerjasama dengan institusi antarabangsa dan ITM telah menawarkan program-program Diploma lanjutan setaraf dengan program ijazah. Pembangunan ITM boleh dilihat dalam jangka masa tiga fasa yang merangkumi tempoh selama 32 tahun secara keseluruhannya. Fasa yang pertama (1967-1976) khusus kepada pendeklarasian ITM sebagai satu badan bebas yang memiliki kampus seluas 300 ekar di Shah Alam dan diletakkan di bawah penjagaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Fasa yang kedua (1976-1996) memperlihatkan ITM dengan kemampuannya di dalam bidang pengajian tinggi. Ia telah membawa kepada pelepasan Akta ITM 1976 yang menempatkan ITM di bawah Kementerian Pendidikan. Fasa yang ketiga (1996-1999) mengambil tempat berikutan dari keputusan pindaan Akta 1976 yang meletakkan ITM setaraf dengan universiti-universiti lain di dalam negara. ITM telah dimandatkan dengan kuasa penuh beroperasi sebagai sebuah universiti namun kekal dengan nama asalnya sehingga tahun 1999. Berikut adalah penukaran yang telah dibuat :

    Badan pentadbiran ITM, Lembaga Majlis, telah ditukar kepada Ahli Lembaga Pengarah dengan pembabitan lebih ramai perwakilan dari sektor swasta;
    Ahli Lembaga Pengarah diberi kuasa untuk menggubal bagi pihak institut;
    Senat telah ditubuhkan;
    Ramai ketua pegawai ITM mengalami proses pertukaran lantikan. Pengarah ditukar kepada Rektor, Ketua Pegawai kepada Provos, manakala Ketua dan Pensyarah Senior ditukar kepada Profesor dan Profesor Madya;
    Setiap jabatan diberi nama Fakulti;
    ITM diberi kuasa untuk menganugerahkan Ijazah kedoktoran;
    ITM telah diberi keistimewaan untuk menubuhkan kursus dan kampus cawangan di luar negara dengan kelulusan dari Kementerian Pendidikan;
    ITM telah diberi kuasa tambahan untuk membolehkan ia menjalankan perniagaan, terlibat dalam pelaburan, menubuhkan syarikat dan terlibat dalam penyelidikan berunsurkan komersial.
    Kuasa disiplin di kalangan pegawai telah dipindahkan daripada Kementerian kepada Lembaga Pengarah.
    Untuk memperbaiki akauntabiliti staf, ITM diberi kuasa untuk mengenakan surcaj;
    Hak prosedur pelajar dalam sebarang pembicaraan mengenai perilaku dan disiplin diperketatkan. Ketika itu, ITM telah menubuhkan sebuah cawangan di setiap negeri. Kampus yang pertama dibina di Sabah pada tahun 1973 dan kampus yang terakhir adalah di Kuala Pilah, Negeri sembilan pada Jun 1999. Hampir kesemua kampus cawangan memulakan operasi di premis sementara, namun, penubuhan ini memunyai strategi dan pelan yang teratur. Kesemua kampus cawangan telah berpindah ke lokasi yang tetap kecuali kampus Kuala Pilah.


    Universiti Teknologi MARA 26 OGOS 1999
    Pada 26 Ogos 1999, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Dato? Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Aspirasi UiTM adalah untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia serta menjadi universiti terbaik. Justeru itu, UiTM telah mendapat pengiktirafan ISO 9001:2000 pada 5 Ogos 2004 dan menjadi universiti pertama di dunia yang mendapat pensijilan keseluruhan yang meliputi pengurusan korporat, perkhidmatan sokongan, pengajaran dan pembelajaran. UiTM sentiasa menumpukan kepada kecemerlangan akademik, inovasi, sosial, pengiktirafan antarabangsa, global dan teknologi baru yang menyumbang kepada pembangunan industri dan negara. Ini semua dibuktikan melalui pencapaian dan anugerah yang dimenangi sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Antaranya ialah menawan puncak Everest, ekspedisi Solo Antartika dan Kutub Utara, serta kejayaan memenangi pingat emas dalam pertandingan inovasi di Geneva, juara dalam pertandingan kereta solar dan SIFE, serta terkini kejayaan ekspedisi solo berbasikal menjelajah 7 benua.

    Universiti Teknologi MARA Akta 173
    Act 173 was drafted for the establishment of UiTM. It is essential to the university as it provides guidelines for maintenance and smooth administration as well as other pertaining matters. The Act also serves as an acknowledgement of the institution?s transition from an institute to a university, and the authority it has to function like any other universities, such as to provide courses of studies and confer degrees at all levels, among others.

    Sumber: Web UiTM

    "Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."

  • #2
    uitm adalah hasil penaiktarafan yang asalnya daripada ITM sendiri oleh pihak kerajaan bagi menjaga hati kaum melayu yang telah mengundi dan menyokong kerajaan pada masa kini, namun begitu, kerajaan lupa, selain dari melayu, bukan melayu juga turut mengundi dan mereka menuntut juga sebuah universiti khas bagi bangsa mereka diwujudkan, dan dari situla kerajaan membenarkan wujudnya universiti bangsa lain sebagaimana wujudnya sekolah jenis kebangsaan, antara universiti yang dimaksudkan adalah universiti tunku abdul rahman
    Bila ada DropBox siapa lagi perlukan pendrive untuk menyimpan data. :)

    Comment


    • #3
      so win2 situation....xperlu nak di jadikan isu...bersyukur la...

      Comment


      • #4
        pernah blaja kat uitm wlopon satu sem pon....
        >>>

        Comment


        • #5
          aku tambah sikit ek..buat pengetahun,beliau adalah abg kepada nenda aku yg aku panggil Tok Ayah...



          Tan Sri Datuk Haji Arshad Ayub dilahirkan pada 15 November 1928 di Muar, Johor Darul Takzim. Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Parit Keruma, Muar, Johor sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Kerajaan juga di Muar, Johor. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Singapura (1949-1951), Kolej Pertanian Serdang, Selangor (1951- 1954) dan University College of Wales, Aberystwyth, United Kingdom (1954-1958). Karier beliau bermula seawal tahun 1951 apabila beliau bertugas di Lembaga Pembangunan Industri Desa atau RIDA (Rural Industrial Development Authority).

          Beliau banyak terlibat dalam perancangan agenda pembangunan negara khususnya pada era selepas kemerdekaan negara dan agenda pembangunan inilah juga yang menjadi teras pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak. Di samping itu, Tan Sri Datuk Haji Arshad Ayub dikenali sebagai orang yang bertanggungjawab dalam pembangunan Universiti Teknologi MARA (UiTM), sebuah universiti yang ditubuhkan bagi memberikan peluang pendidikan tinggi yang lebih baik kepada golongan bumiputera.

          Beliau merupakan pengarah pertama universiti tersebut dari tahun 1967 hingga 1975 yang dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi MARA. Beliau berpengalaman luas dalam pentadbiran awam di negara ini dengan memegang jawatan-jawatan penting di dalam pelbagai jabatan kerajaan mahupun kementerian. Walaupun usia beliau telah menjangkau usia melebihi 80 tahun, namun beliau masih aktif sebagai seorang pentadbir khususnya dalam bidang perniagaan dan beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya dan Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA.

          Tokoh Pengkisahan Sejarah Universiti Teknologi MARA (UiTM)
          17 Julai 2001
          UiTM Shah Alam

          sumber:Tan Sri Datuk Haji Arshad Bin Ayub
          A part of you has grown in me. And so you see, it's you and me together forever and never apart, maybe in distance, but never in heart.?

          Comment


          • #6
            Thanks for the info......
            Saya pun ex-student uitm juga.

            oh uitm di hatiku....

            Comment


            • #7
              da lame abis blaja baru kutahu psl asl usul Uitm nie..::hentakkepala::

              Comment

              Working...
              X