Bitcoin, Litecoin, Namecoin, Peercoin 728x90

Announcement

Collapse
No announcement yet.

Pembentangan Bajet 2019 pada 2 November

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Pembentangan Bajet 2019 pada 2 November



    Bajet 2019: Rakyat jangan harap banyak insentif





    KUALA LUMPUR: Rakyat perlu bersedia bahawa tidak banyak insentif akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2019 pada 2 November ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat), Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid, berkata rakyat juga perlu bersedia dengan beberapa langkah pengurangan perbelanjaan yang mungkin dilaksanakan daripada pembentangan itu kelak.

    "Kita semua perlu realistik bahawa kerajaan mungkin kehilangan atau memiliki bajet yang terhad pada kali ini berikutan kesukaran semasa yang dihadapi," katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Bank Muamalat dan Yayasan Pengaman Malaysia di sini, hari ini.

    Mohd Redza berkata, rakyat juga perlu terbuka bahawa terdapat cukai baharu akan diperkenalkan lagi selepas ini, yang mana langkah itu adalah sebahagian langkah untuk mengukuhkan kedudukan negara pada masa depan.

    "Untuk peserta industri pula, kami hanya mahu bersedia dengan impak daripada pengurangan perbelanjaan yang bakal berlaku pada pembentangan bajet kali ini," katanya.

    Sementara itu, pada majlis hari ini, Bank Muamalat menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Pengaman Malaysia untuk membantu bakal pesara dan pesara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mendapatkan ilmu pengurusan kewangan.

    Mengulas mengenainya, Mohd Redza berkata, kerjasama itu bakal menyaksikan pihaknya memasarkan produk Bank Muamalat kepada bakal pesara dan pesara seiring dengan keadaan kewangan mereka.

    “Kami harap kerjasama ini dapat memastikan anggota polis yang bakal bersara dan pesara berpeluang untuk mendapatkan kemudahan dalam pengurusan kewangan dan dalam masa sama memberi khidmat nasihat bagi membantu mereka melaksanakan perbelanjaan berhemah,” katanya.

    Yayasan Pengaman Malaysia ditubuhkan pada 2012 bertujuan untuk menjaga kebajikan pesara PDRM dan menyokong usaha kerajaan Malaysia terhadap isu dan agenda keselamatan negara.

    Mohd Redza berkata, antara produk yang bakal ditawarkan kepada bakal pesara dan pesara adalah Pembiayaan Peribadi Pesara (3P) dan Pembiayaan Peribadi Pra-Persaraan (3PS) yang memiliki tempoh pembiayaan selama 10 tahun.

    Produk pembiayaan itu boleh digabungkan dengan pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tujuan permulaan modal dan pesara hanya memerlukan modal RM10,000, yang mana jumlah itu akan digandakan kepada tujuh kali jika bakal pesara dan pesara mendapatkan pembiayaan ASB di Bank Muamalat.

    Menurutnya, pada masa ini produk itu hanya disasarkan kepada kakitangan badan beruniform kerana mereka adalah golongan yang dilihat memerlukan kemudahan seumpama itu.

    “Kami menjangkakan produk pembiayaan ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 6,000 bakal pesara dan pesara PDRM,” katanya.

    Sehingga kini, seramai 1,000 pelanggan sudah mendapatkan produk 3P dan 3PS itu dan ia dijangka mampu memberi sumbangan 10 peratus kepada Bank Muamalat dalam tempoh dua tahun akan datang, berbanding lima peratus pada masa ini.





    https://www.bharian.com.my/bisnes/la...ebih-realistik








    .

Working...
X