Bitcoin, Litecoin, Namecoin, Peercoin 728x90

Announcement

Collapse
No announcement yet.

Pegawai SPF Maut Di Langgar, Pemandu Di Tahan

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Pegawai SPF Maut Di Langgar, Pemandu Di Tahan

    Alih Bahasa

    16.02.2018 - Singapura, Seorang pegawai polis meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami selepas dilanggar sebuah kereta, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam hari ini (15 Feb).

    Allahyarhamha Salinah Mohamed, 41 tahun, meninggal dunia selepas dilanggar sebuah kereta ketika sedang melintas jalan di Maxwell Road, di hadapan pejabatnya, pada sekitar 8.20 malam pada Ahad (10 Feb).

    Suaminya, Encik Indra Saiful menulis di Facebook: "Dengan hati yang pilu, saya ingin memaklumkan bahawa isteri saya Salinah sudah meninggalkan kami untuk kembali menghadap Ilahi buat selama-lamanya pada 11.50 pagi."

    Pemandu terbabit sudah diberkas kerana memandu secara berbahaya, kata Encik Shanmugam menerusi catatan Facebooknya hari ini (15 Feb).

    Allahyarhamha Salinah berkhidmat dalam pasukan polis selama 21 tahun.

    "Saya bertemu dengan keluarganya sebelum pengebumian. Beliau meninggalkan suami dan tiga orang anak yang kecil. Keluarga itu berdepan dengan satu kehilangan besar," kata Encik Shanmugam.

    "Sepanjang beberapa tahun ini, kami sudah meningkatkan usaha mendidik orang ramai dan langkah penguatkuasaan, menambah jumlah kamera dan memastikan ia jelas dilihat, supaya tabiat para pemandu akan berubah.

    "Namun, meskipun dengan langkah-langkah ini, perbuatan memandu dengan cuai meningkat. Tahun lalu, kami memutuskan untuk mengenakan denda lebih berat bagi kesalahan memandu.

    "Kami perlu cuba mengurangkan risiko kemalangan jiwa akibat nahas jalan raya," tambahnya.*





    Berita asal https://www.channelnewsasia.com/news...mugam-11246742

Working...
X