Bitcoin, Litecoin, Namecoin, Peercoin 728x90

Announcement

Collapse
No announcement yet.

Fadhilat Solat Terawikh

Collapse
This is a sticky topic.
X
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Fadhilat Solat Terawikh


    Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
    ? Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.?
    Rasulullah SAW telah bersabda :
    ?Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan??
    Kelebihan Solat Terawikh ialah:

    1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

    Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

    2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua

    Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

    3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

    Para malaikat di bawah ?Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

    4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

    Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

    5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

    Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

    6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

    7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

    Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir?aun dan Hamman.

    8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan

    Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

    9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

    Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

    10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

    Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

    11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

    Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

    12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

    Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

    13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

    Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

    14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

    Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

    15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

    Semua malaikat yang memikul ?Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

    16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

    Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

    17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

    Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

    18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

    Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

    19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

    Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

    20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

    Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

    21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu

    Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

    22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua

    Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

    23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga

    Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

    24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat

    Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

    25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima

    Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

    26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam

    Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

    27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh

    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

    28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan

    Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

    29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan

    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

    30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh

    Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

    Credit to Ibnismail
    Last edited by ayam; 30-07-2011, 11:26 PM.

  • #2
    elok lah nie..esk terawih dah :)


    "ILMU ITU PELITA HATI, TIDAK TERLIHAT TAPI NYATA"

    Comment


    • #3
      banyak kebaikan di bulan puasa yang akan menjelang ni.. :)
      Bila ada DropBox siapa lagi perlukan pendrive untuk menyimpan data. :)

      Comment


      • #4
        Selamat bersolat terawih....wahh...rindunya suasana bulan Ramadhan ni..

        Comment


        • #5
          biasanya suasana bulan ramadhan di malam hari , yang dewasa ke surau/masjin menunaikan ibadah tarawikh dan yang kanak2 pulak sibuk main mercun.. :D
          Bila ada DropBox siapa lagi perlukan pendrive untuk menyimpan data. :)

          Comment


          • #6
            Ada x hadith sahih yg boleh support fadhilat ni?

            Originally posted by Dr.Mahathir Mohamad
            I believe in open discussion and solving problems openly, Hiding things, being nice, does not take us very far. There is a defect in being nice because one is very likely to be taken for granted. And as far as I'm concerned I'm not going to be nice

            Comment


            • #7
              baru semangat nih thu ganjaran... tp biar ape pon pbuatan kite dbulan ini biar ikhlas krn Nya..amin

              Comment


              • #8
                hadis kelebihan / ganjaran tentang solat tarawikh ni sebenarnya tidak benar.
                setelah dirujuk kepada kitab-kitab hadis sahih dan muktabar, tiada satu pun
                hadis yg menyatakan secara terperinci ganjaran solat sunat taraweh setiap
                malam bagi mereka yg mengerjakannya.

                apa yg ada hanya hadis yg menyebut secara umum sahaja contohnya spt
                hadis riwayat Abu Hurairah r.a. Rasullullah s.a.w bersabda,

                sesiapa yang mendirikan sembahyang di bulan Ramadhan kerana iman dan
                mengharapkan (pahala daripada Allah), diampunkan baginya dosa-dosanya
                yang terdahulu.?Hadis seumpama ini turut diriwayatkan oleh Muslim, Tirmidzi,
                abu daud, Imam Ahmad dan lainnya?


                jadi, marilah kita ikhlaskan niat, sucikan hati, beribadat kepada Allah s.w.t
                dibulan yg berkat ini dengan mengharap keredhaan dan pengampunanNya.
                amin..

                Comment


                • #9
                  Originally posted by anboosan View Post
                  hadis kelebihan / ganjaran tentang solat tarawikh ni sebenarnya tidak benar.
                  setelah dirujuk kepada kitab-kitab hadis sahih dan muktabar, tiada satu pun
                  hadis yg menyatakan secara terperinci ganjaran solat sunat taraweh setiap
                  malam bagi mereka yg mengerjakannya.

                  apa yg ada hanya hadis yg menyebut secara umum sahaja contohnya spt
                  hadis riwayat Abu Hurairah r.a. Rasullullah s.a.w bersabda,

                  sesiapa yang mendirikan sembahyang di bulan Ramadhan kerana iman dan
                  mengharapkan (pahala daripada Allah), diampunkan baginya dosa-dosanya
                  yang terdahulu.?Hadis seumpama ini turut diriwayatkan oleh Muslim, Tirmidzi,
                  abu daud, Imam Ahmad dan lainnya?


                  jadi, marilah kita ikhlaskan niat, sucikan hati, beribadat kepada Allah s.w.t
                  dibulan yg berkat ini dengan mengharap keredhaan dan pengampunanNya.
                  amin..
                  rujukan dan penjelasan lebih tepat mengenai isu ini..

                  http://mufti.islam.gov.my/terengganu...d=10&parent=06
                  Suatu Kenangan™
                  ~You're a princess, one day you'll be a queen.. You must be strong if you want to be a queen~ArericH.K
                  ~patah tumbuh hilang berganti memanjang...~bul4t

                  Comment

                  Working...
                  X