Bitcoin, Litecoin, Namecoin, Peercoin 728x90

Announcement

Collapse
No announcement yet.

Solok Lada

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Solok Lada

    Bahan A
    i.Lada kulit hijau( 10 biji )

    Bahan B
    i.Kelapa parut ( sebelah )
    ii.bawang merah 5 biji
    iii.lada hitam 10 biji
    iv.halia setengah inci
    v.gula
    vi.garam
    vii.serai 2 batang

    Bahan C
    i.Ikan kembung rebus 3 ekor

    Cara proses

    lada dibersihkan dan di belah tengah.Kelapa di goreng sedikit agar baunya wangi dan ditumbuk sehingga halus.Kemudian bawang,halia dan serai serta lada hitam juga ditumbuk sehingga lumat.ikan kembung tadi dibuang tulang dan diambil isinya juga ditumbuk.

    Campurkan kesemua bahan tadi dalam satu bekas dan digaul sebati.Masukkan juga garam,sedikit budu,gula dan gaul lagi sehingga benar2 sebati

    Masukkan bahan tadi kedalam lada yang telah dibelah dan sumbatkan ia sehingga padat agar tak terlerai semasa merebus nanti.

    setelah selelesai memasukkan bahan tumbuk td kedalam lada yang telah dibelah tadi,masukkan dalam peruik dan rebus di atas api yg perlahan.Sebelum tu masukkan sedikit santan didalam rebusan tadi.

    Rebus dalam 20minit dan angkat.

    Sedia untuk dihidangkan.Sedap dimakan bersama nasi kerabu dan nasi panas untuk hidangan tengah hari

    Jom cuba...hidangan wajib saya pada bulan puasa!!!
    http://bisnesprepaid.com/bie
    PRODUK HEBAT UNTUK YANG MUDAH 'GAME OVER' http://bie.tricajus2u.com
Working...
X