Bitcoin, Litecoin, Namecoin, Peercoin 728x90

Announcement

Collapse
No announcement yet.

Kerani JKKK hilang dibawa kenalan

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • [IMPORTANT] Kerani JKKK hilang dibawa kenalan



    JERANTUT: Seorang kerani Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sebuah Felda dekat sini dipercayai hilang dibawa kenalannya dan gagal ditemui sehingga kini.

    Siti Nurhuda Md Isa, 24, dikatakan hilang sejak Tahun Baru Cina lalu selepas dia memberitahu ibu bapanya untuk keluar ke bandar bersama teman.

    Bapanya, Md Isa Asaari, 59, berkata, kejadian berlaku pada petang 16 Februari lalu apabila anaknya meminta izin untuk keluar ke bandar Temerloh bersama rakannya, dan anaknya berjanji akan pulang seperti biasa.

    Menurutnya, ada penduduk kampung ternampak seseorang menjemput Siti Nurhuda di pondok menunggu bas sekitar jam 6 petang dan memaklumkan kepada dia serta isteri.

    “Setelah dimaklumkan, saya menghubungi Siti Nurhuda, namun gagal apabila telefon bimbit dipercayai sengaja dimatikan sehingga ke hari ini.

    “Sejak 16 Februari sehingga kini usaha mencari dan menghubungi Siti Nurhuda diteruskan namun gagal, termasuklah bertanya kepada rakan-rakannya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

    Md Isa berkata, usaha mencari turut dilakukan menggunakan kaedah tradisional iaitu berjumpa bomoh namun gagal dan apa yang paling dibimbangkan ialah jika anaknya dianiaya oleh pihak tidak dikenali.

    Menurutnya, laporan polis telah dilakukan pada malam Siti Nurhuda tidak pulang di Balai Polis Bandar Jengka dengan laporan kedua pula dilakukan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Jerantut pada 17 Februari.

    Sementara itu, isterinya, Zubaidah Sulaiman, 53, berkata, Siti Nurhuda adalah anak bongsunya daripada empat beradik dan amat rapat dengan keluarga, serta tidak berhadapan sebarang masalah.

    Menurutnya, anaknya bekerja sebagai kerani JKKK selama lebih enam bulan namun sering memberitahunya apabila mahu ke mana-mana sahaja.

    “Saya tidak bimbang kerana selama ini dia tidak pernah menipu dan memberitahu apa sahaja dilakukannya dan ke mana dia pergi.

    “Tetapi kali ini jauh berbeza apabila dia pergi terus dan lebih setengah bulan tidak dapat sebarang khabar berita walaupun pelbagai usaha dilakukan,” katanya.

    Dia berkata, apa yang menghantui pemikirannya ialah keselamatan anaknya yang tidak diketahui langsung dan amat mengharapkan kerjasama semua pihak membantu menyalurkan maklumat kepadanya sekeluarga juga menghubungi balai polis berdekatan.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Jamaluddin Abdul Rahman ketika ditemui berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan kehilangan gadis berkenaan dan polis juga sudah membuka kertas siasatan bagi melakukan gerakan mencari Siti Nurhuda. -SH

    019.7551040 :: YM: bdk_lg

  • #2
    erm....jgn terlepas ke Lombok dah ler::ohmygod::

    Comment


    • #3
      Jangan diapa-apakan harapnya, banyak plak kes mcm ni.

      Ikut kawan atau kena culik?

      Comment


      • #4
        lg kes ilang...rmai tol orang ilang skang ni...apo nk jd r...

        Comment


        • #5
          awek2 ni baru nk belajar keluar rumah tanpa bgtau mak bapak kot. kite doakan mereka ni pulang segera. mak bapak korg tgh sedih ni. jgn la risaukan mereka

          019.7551040 :: YM: bdk_lg

          Comment


          • #6
            timbul semula trend lari dari rumah..nak2 di kalangan remaja perempuan.
            macam2 hal akhir2 ni..tapi boleh kata semuanya melibatkan masalah "moral"
            buang anak, lari dari rumah, langgar lari, bunuh ahli keluarga sendiri
            apa nak jadi dgn budak2 skrang ni..
            ditegur salah, tak ditegur lagi la salah..
            camne nasib bangsa kita akan datang?????

            Comment


            • #7
              dah sengal sangat tu
              ::dansa::

              Comment

              Working...
              X