Bitcoin, Litecoin, Namecoin, Peercoin 728x90

Announcement

Collapse
No announcement yet.

Kesultanan Pahang Dinasti Bendahara

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Kesultanan Pahang Dinasti Bendahara

    Kesultanan Pahang Dinasti Bendahara

    Berikutan kemangkatan Sultan Johor/Pahang/Riau, Bendahara Tun Abdul Jalil Bin Tun Habib Abdul Majid menabalkan dirinya sebagai Sultan Johor ke-11 (kemudiannya dikenali sebagai Sultan Abdul Jalil IV) mengantikan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (Sultan Johor terakhir dari keturunan Kesultanan Melayu Melaka), baginda menyusun semula Majlis Orang Kaya yang berperanan sebagai penasihat Sultan. Majlis Orang Kaya ini terdiri daripada Bendahara, Temenggong, Laksamana, Shahbandar dan Seri Bija Diraja.

    Anak-anaknya, Tun Sulaiman Bin Sultan Abdul Jalil IV dilantik menjadi Yang di-Pertuan Raja Muda yang kemudiannya menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Tun Hussein Bin Sultan Abdul Jalil IV pula dilantik menjadi Bendahara Terengganu dan dikenali sebagai Bendahara Pekok.

    Seorang lagi anaknya yang sebelum itu merupakan Temenggong Johor, Tun Abbas Bin Sultan Abdul Jalil IV dilantik menjadi Bendahara dan tinggal di Pahang yang merupakan negeri dibawah Empayar Johor-Riau dan dikenali sebagai Bendahara di Pahang. Adiknya, Tun Muhammad Tahir Bin Sultan Abdul Jalil IV dilantik menjadi Temenggong Johor apabila Tun Abbas menjadi Bendahara di Pahang.

    Anak Tun Abbas iaitu Tun Abdul Jamal menggantikan bapa saudaranya menjadi Temenggong Johor yang menguasai Tanah Besar Johor dan Singapura, dan tinggal di Bulang, Kepulauan Riau.

    Jawatan Temenggong Johor kemudiannya diwarisi dari generasi ke generasi oleh keturunan Temenggong Tun Abdul Jamal yang berkahwin dengan Daeng Maimuna Binti Daeng Perani, iaitu Temenggong Daeng Kechil, Temenggong Daeng Abdul Rahman, Temenggong Daeng Ronggek (atau dikenali sebagai Daeng Ibrahim) dan Temenggong Abu Bakar yang kemudiannya menjadi Maharaja Johor dan seterusnya Sultan Johor.

    http://malaysiacrisis.blogspot.com/2...-di-johor.html


    Raja Bendahara Pahang

    Raja Bendahara ialah gelaran yang digunakan oleh Bendahara Kesultanan Johor yang memerintah Pahang sebagai wakil mutlak Sultan Johor.

    Bendahara Johor pertama yang dianggap sebagai Raja Bendahara Pahang ialah Tun Abdul Majid Ibni Tun Hassan (1777-1802) kerana ketika beliau menjadi Bendahara Johor, tanah Pahang sudah bertukar statusnya daripada tanah pegangan kepada tanah kurnia.

    Sultan Johor ketika itu, Sultan Mahmud Shah III telah menyerahkan tanah Pahang kepada keluarga Bendahara sebagai warisan turun temurun keluarga mereka. Baginda bertindak begitu untuk memujuk keluarga Bendahara yang terpaksa berkongsi kuasa dengan keluarga Bugis sejak tahun 1722.

    Itu bermakna Kesultanan Johor tidak lagi memiliki kuasa ke atas tanah Pahang tetapi Bendahara Pahang perlu 'menyembah' ke Johor sebagai tanda bernaung di bawah Johor.

    Gelaran Raja Bendahara Pahang ditinggalkan apabila Bendahara Tun Ahmad yang memerintah selepas menang dalam Perang Bendahara Pahang memakai gelaran Sultan pada tahun 1882.

    Pahang secara rasminya memisahkan diri daripada Kesultanan Johor dan pewarisnya Kesultanan Lingga-Riau pada tahun tersebut walaupun pada praktiknya Pahang sudah tidak lagi bernaung kepada mana-mana kerajaan sejak tahun 1824.

    Senarai Raja Bendahara Pahang

    1777-1802:Tun Abdul Majid bin Tun Hasan, Raja Bendahara I
    1802-1803:Tun Muhammad, Raja Bendahara II
    1803-1806:Tun Koris, Raja Bendahara III 1806-1847:Tun Ali, Raja Bendahara IV 1847-1863:Tun Mutahir bin Tun Ali, Raja Bendahara V & terakhir
    1863-1882:Tun Ahmad, de-facto Raja Bendahara

    http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Raja_Bendahara_Pahang

    Tun Abdul Majid
    Mempunyai 4 orang anak utama, Tun Abdul Mutalib, Tun Muhammad dan Tun Tun Koris.


    Pembunuhan Tun Abdul Mutalib
    Semasa kedatangan Sultan Mahmud III ke Pahang yang ditemani Temenggong Abdul Jamal, Tun Abdul Mutalib diberi penghormatan oleh Sultan dengan gelaran Bendahara Muda kerana beliau dianggap bakal menggantikan Raja Bendahara Tun Abdul Majid.

    Temenggong Abdul Jamal menjadi cemburu bertindak membunuh Tun Abdul Mutalib. Temenggong Abdul Jamal kemudiannya ditahan dan diperintahkan oleh Sultan supaya dibawa ke Riau.

    Tun Koris cuba untuk menuntut bela kematian abangnya tetapi dihalang oleh ayahnya sendiri dan mengingatkan Tun Koris bahawa Temenggong adalah saudara terdekat sendiri dan menganggap Temenggong telah menjadi gila.

    Temenggong yang dianggap gila telah meletupkan sebuah gudang serbuk letupan menyebabkan 2 orang anaknya turut terkorban.

    Manakala anaknya yang bernama Tun Abdul Hamid dilantik oleh Sultan Mahmud III menggantikan ayahnya sebagai Temenggong. Temenggong Abdul Hamid adalah moyang kepada Sultan Johor Moden sekarang ini.

    Tun Muhammad
    Selepas mendengar pembunuhan abangnya, Tun Muhammad bergegas ke Riau untuk membunuh Temenggong Tun Abdul Jamal. Tetapi menerima berita kematian Temenggong dalam suatu letupan. Kemudian, beliau kemudiannya tinggal di Riau sehinggalah berita kematian ayahnya, Raja Bendahara Pahang, Tun Abdul Majid pada tahun 1802.

    Beliau dilantik oleh Sultan sebagai Raja Bendahara Pahang yang baharu. Semasa pelayaaraan beliau kembali ke Pahang, kapal yang dinaiki dilanda ribut dan karam di sekitar Pulau Tioman mengorbankannya dan isteri.

    Tun Koris
    Beliau adalah Raja Bendahara Pahang ketiga menggantikan abangnya, Tun Muhammad.

    Apabila mendengar ada anak kapal seramai 40 orang yang dinaiki abangnya yang terselamat daripada karam, beliau bertindak membunuh kesemua anak kapal tersebut kerana menganggap mereka tidak sedaya upaya menyelamatkan abangnya. Perbuatannya Tun Koris tersebut menyebabkan reputasinya sebagai Raja Bendahara Pahang dianggap buruk dan yang kejam.

    Walaubagai mana pun, pemerintahannya sangat singkat dan meninggal dunia pada tahun 1806. Beliau kemudiannya digantikan oleh anaknya bernama Tun Ali.

    Tun Ali
    Pemerintahan beliau sebagai Raja Bendahara Pahang selama 25 tahun. Selepas kemangkatan Sultan Mahmud III, empayer Kesultanan Johor/Pahang/Riau berpecah ekoran perebutan takhta oleh anak Sultan Mahmud III iaitu Raja Hussein dan Raja Abdul Rahman.

    Raja Bendahara Pahang, Tun Ali bertindak memisahkan Pahang dan tidak lagi mahu dinaungi di bawah Empayer Johor supaya tidak jatuh ke tangan penjajah British atau Belanda.

    Selepas kematian Tun Ali, 2 orang anaknya iaitu Tun Mutahir (tertua) dan Tun Ahmad berebut kedudukan sebagai Raja Bendahara Pahang.

    Tun Mutahir
    Beliau awalnya menggantikan ayahnya sebagai Raja Bendahara Pahang kemudiannya ditentang oleh adiknya, Tun Ahmad dan akhirnya kalah.

    Tun Ahmad
    Selepas berjaya mengalahkan abangnya, Tun Ahmad pada mulanya menggantikan abangnya kemudian menabalkan diri sebagai Sultan Pahang pertama Dinasti Bendahara.

    Selepas beliau ditabalkan sebagai Sultan Pahang, dari keturunan beliau akhirnya Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang kemudian akan digantikan anaknya Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang baharu.
Working...
X